Infinix baru sahaja melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka, iaitu Note 50 dan Note 50 Pro. Kedua-dua model ini hanya menyokong LTE tetapi hadir dengan rekaan baharu dan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding pendahulunya.

Infinix Note 50 Pro hadir dengan skrin AMOLED FHD+ 6.78” yang menawarkan kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G100 Ultimate dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Telefon ini mempunyai bateri berkapasiti 5200mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Ia juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP (OIS), 8MP ultra-lebar, lensa AI, dan kamera swafoto 32MP.

Infinix Note 50 juga mempunyai skrin AMOLED FHD+ 6.77” dengan kadar segar semula 144Hz. Selain itu, ia turut dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G100 Ultimate, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB, dan bateri berkapasiti 5200mAh. Perbezaan utama terletak pada persediaan kamera, yang terdiri daripada kamera utama 50MP, 2MP makro, dan lensa AI. Kamera hadapannya sebesar 13MP.


