Infinix SMART 9 Dilengkapi Dengan Ciri Dynamic Bar Dan Cip Helio G81

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix secara rasminya melancarkan telefon baharunya iaitu SMART 9. Ia dikuasai oleh cip Mediatek Helio G81 yang bermakna sekadar menyokong rangkaian 4G. Selain itu mempunyai skrin sebesar 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga ciri Dynamic Bar yang berfungsi sama seperti Dynamic Island pada peranti iPhone untuk paparan maklumat yang berkaitan panggilan masuk, rakaman suara, sistem pengecasan dan imbasan wajah.

image is not available

Infinix melengkapkan lagi telefon pintar dengan pilihan memori 4GB RAM (boleh dikembangkan hingga 4GB RAM secara maya), kamera utama 13MP dan bateri 5000mAh. Di samping turut dilengkapi pembesar suara stereo denga kebolehan kelantangan audio yang boleh dipertingkatkan sehingga 300% dan kalis air IP54. Harga jualan masih tidak diketahui buat masa ini namun dipercayai boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Ia dibuktikan apabila Infinix dilihat berkongsi imej promosi rasmi melalui salah satu kemaskini di Facebook sejak awal pagi tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved