Infinix XPAD 4G Akan Ke Malaysia 18 September, Tablet ChatGPT Terbina Dengan Cip Helio G99

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas, Infinix telah memperlihatkan tablet Android pertama mereka iaitu XPAD. Ia adalah tablet kelas asas premium yang mampu milik yang cuba bersaing dengan tablet lain dalam kelas sama di Malaysia. Infinix Malaysia baru-baru ini mengesahkan yang tablet ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

image is not available

XPAD 4G hadir dengan skrin LCD bersaiz 11-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia dijana dengan cip Helio G99 dan dipadankan dengan memori mencapai 8/128 GB RAM/Storan. Ia menyokong pengecasan USB-C dengan bateri sebesar 7000mAh, masih mempunyai port bicu audio 3.5mm, sistem audio kuad-speaker, serta kamera 8MP di hadapan dan di belakang.

image is not available

Tablet pertama Infinix ini turut menjalankan Android 14 dengan janji sokongan kemas kini tampalan sekuriti selama dua tahun. Infinix turut menyertakan Folax, iaitu pembantu maya yang dikuasakan oleh ChatGPT pada tablet ini. Ia percuma digunakan tanpa sebarang langganan diperlukan. XArena turut disertakan sebagai mod gaming untuk meningkatkan prestasi permua.

Dalam semakan kami, beberapa penjual telah menyenaraikan yang dua tablet akan ditawarkan iaitu XPAD 4G 8/256 GB dan XPAD WiFi 4/256 GB. Tiga warna yang boleh dipilih adalah Kelabu, Emas dan Biru. Menurut senarai harga di Shopee, harga jualan adalah bermula RM699 tetapi ia mungkin akan berubah selepas secara rasmi diperkenalkan.