Infinix XPAD Edge Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1299

LocalTechnology
18 Dec 2025 • 4:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix XPAD Edge telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1299 bagi variasi 8GB + 256GB. Setiap pembelian turut disertakan hadiah bernilai RM599 yang merangkumi XPAD Edge Cover, X Keyboard 20 dan X Pencil 20. Ketersediaan bermula sekarang melalui kedai serta pengedar sah Infinix Malaysia.

image is not available

Infinix XPAD Edge hadir dengan skrin 13.2 inci beresolusi 2.4K yang dipadankan dengan cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Kamera 8MP digunakan pada bahagian hadapan dan belakang manakala bateri berkapasiti 8000mAh disediakan sebagai pelengkap.

image is not available

Dikuasakan oleh Infinix AI, XPAD Edge menawarkan pelbagai ciri AI pintar termasuk Folax Voice Assistant yang membolehkan pengguna membuat tugasan dengan mudah melalui arahan suara. Seterusnya, AI Screen Recognition mampu memisahkan, menterjemah dan menghasilkan kandungan secara automatik. Ia turut dilengkapi Hi Translation untuk komunikasi bahasa berbeza, AI Writing untuk penambahbaikan kandungan serta AI Art untuk mencipta visual.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved