Inflasi buat rakyat merana

Business & Finance
29 Oct 2022 • 3:00 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today

Harga barang semakin naik dan rakyat semakin terkesan. Keadaan ekonomi Malaysia semakin membimbangkan.

Ini kerana kejatuhan ekonomi akan memberi kesan kepada kemajuan negara dan menjadikan negara miskin.

Tidak cukup dengan itu, hujan lebat yang menyebabkan banjir melibatkan negeri Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada hujung tahun 2021 menyumbang faktor kenaikan harga makanan seperti ikan, sayur dan makanan laut.

Kenaikan harga makanan menyumbang kepada kenaikan inflasi negara.

image is not available

Inflasi global kini memberi kegagalan dari sisi rantaian bekalan dan tingkat permintaan pasar semakin berkurang. Ini mengganggu kestabilan rantaian bekalan dan member kecendurangan sesebuah negara menutup sempadan.

Jika inflasi berlaku dalam masa yang panjang, ia dapat membuatkan sesebuah ekonomi negara meleset dan jumlah pengangguran akan meningkat. Pada sudut lain, rakyat akan terbeban dengan hutang dengan nilai faedah yang semakin meningkat.

image is not available

Pemimpin dunia perlu memiliki nilai solidariti dan menjadi identiti sebagai masyarakat global untuk mencapai kestabilan politik, ekonomi serta pendamaian dunia.

Justeru, campur tangan negara amat perlu untuk memastikan pelaburan dalam sektor awam, pendidikan, infrastruktur dan kesihatan demi keseimbangan ekonomi.