Inflasi Malaysia dijangka turun kepada 2.1% bagi bulan kelima berturut-turut pada Julai – OctaFX

Business & Finance
24 Aug 2023 • 10:38 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Inflasi Malaysia dijangka turun kepada 2.1% bagi bulan kelima berturut-turut pada Julai – OctaFX

diyana

24/08/2023 - 10:38

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Inflasi Malaysia dijangka menurun kepada 2.1% bagi bulan kelima berturut-turut pada Julai, kata OctaFX.

Penganalisis pasaran kewangan OctaFX, Kar Yong Ang, berkata inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara jiran, dengan inflasi Jun di Indonesia, Filipina dan Singapura masing-masing pada 3.5%, 5.4% dan 4.5%.

Tambahnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan berakhir tahun ini, menghampiri bawah julat 4% sehingga 5%, menyumbang kepada penurunan inflasi tahunan pada separuh kedua 2023.

Menurut beliau penurunan inflasi tidak boleh diabaikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), yang menandakan dasar monetari semakin lemah atau perlu menyemak semula ramalan inflasi tahunan.

image is not available
Kar Yong Ang

“BNM mungkin akan memilih untuk menyemak turun sedikit unjuran inflasi tahunan.

“Walaupun pengawal selia tidak berbuat demikian, mata wang tempatan masih cenderung meningkat berikutan pertumbuhan berterusan ekonomi Malaysia.

“Dengan peningkatan permintaan dalam negeri berikutan pekerjaan yang bertambah baik dan kejatuhan inflasi, ringgit mungkin meningkat, dengan kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat dan ringgit Malaysia (USD/MYR) jatuh kepada 4.520 dan mungkin lebih rendah,” ujar beliau.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melaporkan bahawa kadar inflasi Malaysia perlahan kepada 2.4% pada Jun 2023 daripada 2.8% pada Mei.

Kadar inflasi yang lebih rendah direkodkan dalam makanan dan minuman bukan alkohol, pengangkutan, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan. - DagangNews.com