
“Influencer” Arab Buat “Content” Sindir Orang Kaya UAE Ditahan
Seorang pempengaruh di Dubai ditahan pihak berkuasa selepas memuat naik satu video satira di TikTok memaparkan sindiran terhadap warga UAE yang sedang berbelanja secara biadab di sebuah bilik pameran kereta mewah, lapor ABC News.
Berdasarkan video muat naik tersebut, pempengaruh itu dilihat melemparkan timbunan wang kepada pekerja yang kebingungan.
Dia kemudiannya meminta pekerja untuk menunjukkan kereta yang paling mahal (Ferrari SF90 bernilai USD600,000) (RM2.7 juta) kerana dia mahu membelinya.

Selain itu, pempengaruh tersebut juga telah menyindir gaya hidup mewah yang sering dipamerkan di bandar yang terkenal dengan bangunan pencakar langit itu.

Dubai dikatakan merupakan sebuah bandar yang tidak ketat dari segi sosial berbanding kebanyakan kawasan di Timur Tengah yang lainnya.
Malah di Dubai, kod berpakaian santai, bar dan kelab yang menyajikan alkohol juga boleh didapati di bandar tersebut.
Ucapan termasuk sindiran dan menghina boleh ditahan
Tetapi terdapat undang-undang berkaitan dengan kata seperti sebarang ucapan, termasuk kewartawanan dan sindiran yang dianggap mengkritik pihak berkuasa UAE.
Pempengaruh yang menggelar dirinya sebagai ‘Pakar Kereta’ dalam talian tersebut ialah merupakan penduduk UAE berwarganegara Asia.
Dia dilaporkan mempunyai lebih 2.5 juta pengikut di laman perkongsian video popular TikTok.
Video terbarunya telah menarik jutaan tontonan dan dikongsi secara meluas sebelum diturunkan susulan penahanannya.
Dalam video itu, dia dilihat memakai kandura, jubah putih panjang yang biasanya dipakai oleh lelaki Arab serta bercermin mata hitam dan topeng muka.
Dia kemudiannya bercakap dalam bahasa Inggeris dengan loghat Arab yang pekat sambil menjerit ke arah pekerja kedai kereta mewah tersebut. Sambil itu, pembantunya pula dilihat membawa timbunan wang kertas untuk digunakan dalam berbelanja.
Pendakwaan Persekutuan dalam Membanteras Khabar Angin dan Jenayah Siber berkata, dia dituduh menyalahgunakan internet dengan menyiarkan propaganda.
Perkara itu dikatakan boleh membangkitkan kegusaran awam dan membahayakan kepentingan awam.
Selain itu, badan tersebut juga berkata bahawa video terbabit “mempromosikan imej mentaliti yang salah dan menyinggung perasaan warga Arab serta mempersendakan mereka,” lapor agensi berita WAM.
Laporan WAM menggambarkan video itu tetapi tidak mengenal pasti pempengaruh tersebut atau menyatakan kewarganegaraannya.
Tidak dapat dipastikan bila sebenarnya pempengaruh tersebut ditangkap atau hukuman apa yang bakal dihadapinya.
Pada bulan lepas, seorang penduduk UAE warganegara Arab dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda USD136,000 (RM615,000) kerana melanggar undang-undang.
Hukuman itu dikenakan kerana dia melakukan ucapan kebencian dengan menyiarkan video yang menghina lelaki dan pembantu rumahnya.
Pendakwa raya telah mengarahkan penahanannya “dalam konteks segera menerusi penyiaran video yang menyinggung perasaan,” lapor WAM.
Sumber: ABC News
The post “Influencer” Arab Buat “Content” Sindir Orang Kaya UAE Ditahan appeared first on Siakap Keli.



