‘Influencer’ Bagi Duit Dekat Orang Ramai, Cuma Perlu Puji ‘AA Handsome’ – “Suka Sebab Dia Bagi Pada Yang Memerlukan”

16 Feb 2023 • 11:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau kita lihat di aplikasi TikTok, bermacam jenis content dibuat oleh individu yang berlumba-lumba untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka.

Ada yang buat tentang review makan, kosmetik atau skincare namun ada yang menggunakan TikTok untuk mempromosikan bisnes serta menyebarkan ilmu yang berguna.

Content daripada seorang lelaki ini bagaimanapun meraih perhatian ramai kerana dia akan memberi wang ringgit kepada orang yang memujinya.

Hanya dengan menyebut ‘AA Hensem’ dan follow akaun TikTok @aasuperscalper sahaja, individu tersebut akan diberikan wang mengikut jumlah yang ditetapkannya.

image is not available

Jika dilihat di akaunnya, lelaki ini banyak mendekati golongan pelajar universiti kerana sering hadir ke IPTA untuk membuat content tersebut.

Bukan setakat itu, dia juga turut membuat ‘challenge‘ untuk menggandakan wang sedia ada milik individu sama ada di dompet atau akaun bank mereka.

Seorang lelaki yang membuat bisnes menjual makanan telah mendapat RM6,600 daripada pempengaruh dikenali sebagai AA ini.

Rata-rata warganet yang yang menonton video-video pempengaruh ini suka melihat dia membantu golongan yang memerlukan seperti pelajar universiti.

Akui mereka, apa yang dilakukannya itu memberikan inspirasi kepada ramai dan content sebegitu juga memang lain daripada yang lain.

image is not available 1 minggu lalu

"Ramai Tak Tahu Bezakan Konten & Realiti" - Dikecam 'Jual' Muka Demi Makanan Percuma, 'Influencer' Tak Diam Diri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved