Influencer Berhijab Hampir Pengsan, Terkesima Dapat Berlaga Pipi Dengan Xu Kai

Entertainment
13 Dec 2023 • 3:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang influencer berhijab dari Indonesia yang dikenali sebagai Kak Rose meluahkan rasa teruja apabila dapat berjumpa dengan pelakon kegemarannya dari China, Xu Kai baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kak Rose di laman TikToknya, aktor yang berusia 28 tahun itu telah hadir ke Jakarta Indonesia untuk berjumpa dengan peminat selepas dilantik sebagai global ambassador WeTV.

Influencer berhijab

image is not available

Ketika sesi beramah mesra dengan peminat, Kak Rose memberitahu dia hampir pengsan kerana diberi peluang untuk berpelukan sambil berlaga pipi dengan aktor kecak itu.

“Ini baru pertama kali dalam hidup aku ya, aku menjadi seorang peminat kepada pelakon drama China yang bernama Xu Kai. Dia duta dunia WeTV.

“Dia baru sampai ke Jakarta, tadi dia ada muat naik hantaran di Instagramnya terus aku komen ‘jumpa nanti’,” ujarnya dalam video tersebut.

image is not available

image is not available

Kak Rose dikecam netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak puas hati dengan tindakan influencer tersebut yang tidak menjaga batasnya sebagai seorang muslimah berhijab bersama dengan lelaki bukan mahram.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Jangan biasa buat perkara haram

Bagaimanapun, ada juga individu memberi nasihat kepada influencer terbut supaya tidak menormalisasikan perkara haram memandangkan ia boleh mempengaruhi generasi muda yang lain.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Feni Rose

View Original Article