
Sebelum ini, tular ‘influencer’ Hajar Hanif yang mendedahkan tentang kes kecurangan suaminya, Mikhail menerusi akaun TikToknya.
Namun, pergolakan rumah tangga mereka masih belum berkesudahan dan sedang melalui prosiding di mahkamah bagi menentukan status lafaz taklik talak tiga.
Difahamkan, pengasas kosmetik, Hajar Hanif telah pulang ke kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan untuk mengambil barang-barangnya semula.
Kesian huruf H tak bersalah Dalam rumah yang ada huruf H pun entah mana dibuangnya Kesian huruf H, dibuang buang dicampak campak hidupnya Sekian hidup huruf H, tapi tulah, aku nak H tu. Nak letak rumah baru bukan murah tau custom Rasa kelakar pun ada, macam perangai budak budak Ingat kita takboleh buang ke huruf M tu?
Apa yang mengejutkannya, pagar rumah berkenaan sudah dimangga rapat oleh suaminya menyebabkan dia tidak boleh masuk ke dalam.
Tambahan, dekorasi huruf H (mewakili nama Hajar) yang sebelum ini menghiasi pagar kediamannya juga telah dicabut tanpa pengetahuannya langsung.
Hajar memaklumkan dahulu rumah tersebut dibeli atas namanya dan juga ibu mentua tetapi kini dia dan suami mengambil komitmen untuk membayarnya.

Bukan itu sahaja, Hajar meluahkan rasa sedih kerana dipandang seperti tidak pernah buat apa-apa, meskipun sudah banyak berkorban dan berusaha keras buat keluarganya.

Kredit: TikTok Hajar I Instagram Hajar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Okay dah boleh tutup isu ni dan move on kepada topik/isu yang lebih membangun ek lepas ni?


