Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun ditahan selepas didakwa merogol serta merakam gambar tidak senonoh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah sewa di Kangar, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Ahad.

Suspek kini direman selama tujuh hari selepas perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Majistret Kangar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku pada 17 Jun lalu apabila suspek menjemput mangsa di rumahnya di Kaki Bukit pada kira-kira pukul 12 tengah malam dengan menaiki sebuah Proton Saga.
“Suspek kemudian membawa mangsa untuk makan di sebuah restoran sebelum membawa remaja itu ke rumah sewanya. Kejadian rogol itu didakwa berlaku di rumah tersebut sebelum suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya,” ujarnya.
Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur turut didakwa merakam gambar mangsa ketika kejadian.
“Mangsa yang masih bersekolah akan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, di sini bagi tujuan menjalani pemeriksaan,” ujarnya.
Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih dijalankan. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(KES ARMADA) Syed Saddiq Dibebaskan Daripada Semua Pertuduhan Penyelewengan - Mahkamah Persekutuan
The post Influencer Media Sosial Ditangkap, Didakwa Rog*l Dan Rakam Gambar Perempuan Bawah Umur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




