‘Influencer’ Perli Isu Rumah Tangga Bersama Shuk, Fara Salleh Amuk – “Ini Bukan Kifarah, Jantan Ni Paling Jahat Aku Pernah Jumpa!”

LocalEntertainment
11 Jun 2025 • 3:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui Instagram Story isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, dia memuat naik status berang terhadap seorang pempengaruh bernama Shazleen Suhaimi yang ikut campur isu rumah tangganya.

Dalam komen yang ditinggalkan, Shazleen seakan-akan memerli apabila Fara meluahkan kata kesal terhadap Shuk.

Tu orang kata jodoh itu cerminan diri.

image is not available

Tidak mendiamkan diri, Fara membidas komen pempengaruh tersebut dengan mempersoalkan penampilan yang tidak setanding dengan sikap serta percakapannya.

Muslimah model konon tapi mulut kau? Aku doakan satu hari nanti kau hadap apa aku hadap ni. Senang kau cakap kan? Nak sembang cerminan diri? Aku fight untuk anak aku salah? Aku bising sebab jantan tak guna ni tabur benih je tau.

Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut menyifatkan suaminya merupakan lelaki paling jahat yang pernah ditemui dan dia tetap berjuang untuk bayi yang dikandung biarpun doktor menasihatinya untuk menggugurkan anak tersebut.

image is not available

Ini bukan soal kifarah ke karma ini memang jantan ni paling jahat, paling tak guna aku pernah jumpa. Bukan sebab aku baik tapi sebab aku tanggungjawab! Ini anak aku! Dan jantan tak guna tu tengah bahayakan nyawa aku dalam proses bersalin nanti.

image is not available 1 day ago

Lengahkan Proses Cerai Sebab Tolak Rujuk, Fara Salleh Haramkan Shuk Jumpa Anak - “Cukuplah Setahun,Tak Sanggup Dah”