Influencer Review & Bayar Sendiri Makanan Selepas Tahu Pemilik Restoran Hadapi Kesukaran Raih Pujian [Video]

LocalFood
8 May 2026 • 1:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Influencer Review & Bayar Sendiri Makanan Selepas Tahu Pemilik Restoran Hadapi Kesukaran Raih Pujian [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjalankan perniagaan sememangnya tidak mudah, malah pemilik perlu berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum berjaya. Namun dalam kesusahan yang dihadapi pasti ada insan baik yang datang membantu tanpa mengharapkan balasan.

Seorang influencer yang dikenali sebagai Adrian Mr POV telah menjadi perhatian apabila menghulurkan bantuan kepada seorang pemilik restoran, Meor sebaik mengetahui peniaga itu sedang berdepan kesusahan dalam perniagaan yang dilakukan.

Terima mesej jika sudi cuba makanan di restoran, pemilik akui sedang berdepan kesukaran dalam perniagaan

Menurut Adrian, awalnya dia telah menerima satu mesej daripada pemilik restoran Chilin & Grillin di Shah Alam yang memaklumkan mereka kini sedang berdepan dengan masalah kekurangan pelanggan disebabkan lokasi restoran.

Kata pemilik itu, dia bagaimanapun tidak mampu untuk mengupah influencer (untuk membuat reviu) namun boleh membayarkan makanan (yang ingin direviu).

Adrian buat kejutan dan nak bayar makanan dipesan sendiri

Meor turut bertanya adakah Adrian berminat dengan pelawaannya itu. Susulan daripada mesej yang diterima, Adrian kemudian mengambil keputusan untuk membuat kejutan dengan berkunjung ke restoran tersebut.

Dalam video dikongsikan di Threads, kelihatan Meor terkejut sebaik melihat Adrian dan dia menyambutnya dengan mesra.

Tanpa berlengah, Adrian kemudiannya membuat beberapa pesanan di restoran tersebut seperti:

  • Chili Set Tacos RM26.00
  • The Great Smash Burger RM25.00
  • Clamanta And Mantau Creamy RM25.00
  • Fish The Dark Side RM25.00
  • Ice Lemonade RM8.00

Selesai membuat pesanan, Adrian turut dibawa melawat dapur restoran tersebut dan Meor juga menjelaskan tortila yang digunakan untuk membuat tacos adalah ‘selfmade’ (dibuat sendiri) setiap hari.

Jelas Meor antara sebab dia membuat tortila itu sendiri kerana boleh mengawal kualiti dan ketebalannya.

Menu pertama yang dihidangkan kepada Adrian adalah The Great Smash Burger, dan sambil influencer tersebut menikmatinya mereka turut berbual mengenai keadaan semasa restoran itu.

Dah 4 bulan jalankan perniagaan guna duit simpanan sendiri

Jelas Meor, dia sudah empat bulan menjalankan perniagaan itu dengan menggunakan wang simpanan sendiri.

Mendengar perkara itu, Adrian kemudian memberi ‘syarat’ jika Meor mahu video yang dirakam dimuat naik ke platform media sosialnya maka dia hendaklah membenarkan influencer tersebut membayar semua makanan yang dipesan.

“Kalau makan hari ini (awak) tak bagi saya bayar, video ini tak keluar,” ujarnya. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Meor tertawa kecil mendengar gurauan serius influencer terbabit.

Adrian turut memuji keenakan tacos yang dihidang dan makannya dengan bersungguh-sungguh.

Banyak kali rasa nak putus asa, isteri jadi penyokong kuat

Kata Meor, dia beberapa kali penah berasa ingin berputus asa kerana telah mencuba pelbagai perkara.

Namun isteri dan keluarga sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan sokongan yang kuat serta memaklumkan wanita kesayangannya itu sedang hamil anak pertama mereka dan usia kandungan adalah lima bulan.

Luahnya kesukaran utama yang dihadapi dalam perniagaan dijalankan adalah lokasi restoran itu sendiri.

“Saya harap-harap orang tahu kedai kami ni dekat Prima U1 Shah Alam.”

View on Threads

Waktu operasi & lokasi

: Chillin & Grillin
: 3pm-12am (Selasa-Ahad)
: Prima U1 Shah Alam

Ramai puji tindakan Adrian buat review tanpa bayaran bahkan bayar makanan sendiri

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Adrian membuat ulas makanan di restoran tersebut tanpa sebarang bayaran. Bahkan turut berkeras mahu membayar setiap makanan yang dipesan.

Ada yang berpendapat Adrian menggunakan populariti yang dimiliki untuk membantu orang ramai dan bukan sebaliknya.

Tidak kurang ada peniaga kecil yang berterima kasih kerana tindakan influencer itu secara tidak langsung membantu perniagaan yang sedang mereka lakukan.

Dalam ruangan komen sama, ramai juga menyifatkan tacos yang dijual di restoran tersebut sedap dan orang ramai turut boleh memesan menerusi aplikasi Grab.

“I salute awak bro. Ni baru betul ugut sikit, kalau cakap tak payah bayar video tak akan keluar. Dia yang datang kedai nak bantu, memang dia kena bayar. Bukan macam Influencer lain khususnya, acah-acah datang lepas tu tekan-tekan nak makan percuma.”
Image from: Influencer Review & Bayar Sendiri Makanan Selepas Tahu Pemilik Restoran Hadapi Kesukaran Raih Pujian [Video]

“Korang tacos dia sumpa sedap. Ada dekat Grab juga kalau nak order. Tak menyesal beli.”

Image from: Influencer Review & Bayar Sendiri Makanan Selepas Tahu Pemilik Restoran Hadapi Kesukaran Raih Pujian [Video]

“Harap-harap kedai pemilik restoran tengah ramai sekarang, semoga bisnes Chillin & Grillin maju.”

Image from: Influencer Review & Bayar Sendiri Makanan Selepas Tahu Pemilik Restoran Hadapi Kesukaran Raih Pujian [Video]

“Terima kasih Adrian. Jom lah kita support abang ni, saya memang suka sangat support peniaga macam ni.”

Image from: Influencer Review & Bayar Sendiri Makanan Selepas Tahu Pemilik Restoran Hadapi Kesukaran Raih Pujian [Video]
View Original Article