Influencer Sah Bercerai Talak Satu Dengan Suami, – “Doakan Saya Jumpa Jodoh Cantik Akhlak Dan Agama”

2 Apr 2024 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pensohor media sosial dan juga usahawan, Hajar Hanif memaklumkan dia sudah bercerai talak satu dengan suami, Mikhail Issaq dan telah pun tamat edah.

Sudah bercerai talak satu

Perkara itu dikongsikan Hajar menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia meluahkan rasa syukur dengan kehidupannya kini.

Alhamdulillah, hari ini saya dengan bekas suami secara rasminya sudah bercerai talak satu dan saya pun dah habis edah.

Alhamdulillah, saya terima keputusan ni dengan berlapang dada. Setiap apa yang Allah beri ni adalah yang terbaik dan saya bahagia dengan hidup saya sekarang.

Mohon doa dipertemukan jodoh yang baik

Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai agar bertemu jodoh yang lebih baik pada masa akan datang.

Doakan saya jumpa jodoh yang sangat bertanggungjawab dalam semua segi, setia, jujur, ikhlas sayangkan saya dan anak-anak, cantik akhlak dan agama dan semua ciri yang saya nak.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kisah rumah tangga Hajar Hanif yang didakwa bergolak dek kerana kehadiran orang ketiga selain telah dijatuhkan talak tiga selepas bekas suaminya itu melafazkan taklik terhadapnya pada thaun 2017.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 18 hours ago

12 Tahun Bekerja, Majikan Cina Beri Hadiah Rumah, Kereta Dan Bonus Raya 2 Bulan Kepada Pekerja