Influencer Syedot memohon maaf kepada TikTokers Liana Beep Beep berhubung tindakannya membuka kisah lama berkaitan wanita tersebut di sebuah podcast, baru-baru ini.
Enggan untuk membiarkan namanya terus menjadi bualan hangat ramai, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syedot di laman TikToknya, dia mengaku kekhilafannya kerana membangkitkan isu yang sudah berlaku dua tahun lalu.
Influencer Syedot
@syedot_asmr Salam Semua! Syedot di sini maaf atas kelewatan untuk respond isu yang sedang hangat di socmed ini. Saya Syedot Asmr, ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada Liana serta secara tidak langsung ia melibatkan suaminya dan keluarganya juga, kerana membangkitkan isu ini di dalam Podcast Sembang YTJT. Video ini akan di padam selepas 24 jam ataupon atas persetujuan ke dua dua belah pihak. Saya ingin meminta maaf sekali lagi atas perkara yang berlaku. Terima Kasih.
“Beberapa hari ini, nama saya sedang hangat diperbualkan. Pertama sekali saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada Liana secara tak langsung ia melibatkan suami dan keluarganya juga.
“Ya betul, saya mengaku salah dalam hal ini kerana membangkitkan isu ini di dalam podcast sembang Yang Tahu Je Tahu (YTJT).
“Saya mengaku ramai mengatakan saya redflag, melontarkan cerita ini secara umum di dalam podcast. Saya benar-benar menyesal atas kelakuan ini
“Saya ingin memohon maaf atas perbualan, percakapan yang saya lontarkan di dalam podcast itu. Maafkan saya sekali lagi Liana serta suami dan keluarganya juga,” ujarnya.
Influencer Syedot

Dalam video itu juga, Syedot turut tampil membuat penjelasan berkaitan tangkap layar perbualan yang tersebar dan menepis dakwaan memanipulasikan kenyataan Liana, sebelum ini.
Difahamkan juga, video permohonan maaf tersebut akan dipadam selepas 24 jam atau pun atas persetujuan ke dua dua belah pihak.
terdahulu, Syedot jadi perhatian ramai apabila dia mendedahkan pernah menyimpan perasaan cinta terhadap Liana yang juga merupakan influencer di media sosial, dua tahun lalu.
Dia dituduh syok sendiri dan tidak boleh move on kerana membuka kisah lama ketika menjadi tetamu jemputan dalam sebuah podcast YTJT.


Sumber: TikTok @Syedot ASMR



