Influencer T20 guna filter muka PM, merungut harga barang naik

19 Jun 2024 • 12:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang influencer T20 guna filter muka PM dan merungut tentang kenaikan harga barang telah mendapat perhatian ramai kerana tindakannya yang mengejutkan itu.

Mengeluh harga barang naik

Dalam video yang dikongsi, influencer berkenaan telah menggunakan filter tersebut serta mengeluarkan kata-kata seakan mengeluh dengan kenaikan harga barang.

“Malam ni kalau saya jadi Perdana Menteri, tol roboh. Kepala bapak dia roboh. Dia yang tu elok roboh, anj** semua mahal sekarang,” ujar influencer berkenaan.

image is not available

Perkongsian influencer T20 jadi perdebatan

Walau bagaimanapun, tindakan ‘berani’ pempengaruh terbabit telah mendapat kecaman sesetengah pihak kerana merasakan ia seperti menghina Perdana Menteri Malaysia ketika ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mana tidaknya, dia yang juga merupakan founder produk kerap menayang kemewahan di media sosial dengan beberapa kereta mewah serta bercuti ke luar negara namun masih lagi mempertikaikan tentang harga barang.

image is not available

Ramai tinggalkan komen di posting influencer T20

Menjengah ke ruangan komen influencer terbabit, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan merasakan tindakannya terlalu berani.

Ada juga yang menyarankan supaya dia berhati-hati mengeluarkan video di media sosial kerana boleh menimbulkan kontroversi lebih-lebih lagi pempengaruh berkenaan mempunyai pengikut yang ramai di platform tersebut.

 

image is not available

Hati2 bang takut masuk TV3

image is not available

Tak bahaya ke bang cakap macam tu?

image is not available

 

Janganlah bebas sangat

image is not available