‘Influencer’ Tak Puas Hati, Pergi Negara Mana Pun Teringat Makanan Malaysia

Food
13 Sep 2023 • 12:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita mempunyai pelbagai budaya dan makanan yang berbeza. Oleh kerana itu, negara kita sering menjadi buah mulut pelancong dari luar, terutama makanan kita yang pelbagai.

Jika membuat carian dalam talian, pasti banyak video yang dihasilkan oleh pelancong dari luar negara memuji makanan di Malaysia.

Terbaru, seorang pempengaruh dari Amerika Syarikat juga tidak terlepas menghasilkan video mengenai makanan di negara ini.

@lilithinkl

When you move to Malaysia there’s no going back #malaysia #malaysianfoodie #malaysianfood

♬ original sound – Lilith

Melalui video yang dimuat naik oleh influencer ini di akaun TikToknya, @lilithinkl, dia memulakannya dengan mengatakan dia mempunyai ‘masalah’ dengan Malaysia.

Lilith berkata makanan di Malaysia telah merosakkan deria rasanya kerana makanan yang terlalu sedap.

image is not available

“Saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan Malaysia dengan makanan dari negara lain,” kata Lilith.

image is not available

Lilith merupakan warga asing yang sedang menetap di Malaysia namun buat masa sekarang dia berada di Bahamas. Oleh kerana itu, netizen meminta influencer itu untuk kembali ke Malaysia.

image is not available

Video Lilith mendapat reaksi yang positif daripada warganet di TikTok yang mana rata-rata bersetuju bahawa makanan di Malaysia adalah yang terbaik.

Makanan Malaysia nombor satu!

image is not available

Kopi di Malaysia sangat sedap berbanding kopi di seluruh dunia.

image is not available

Ramai yang meminta influencer itu untuk kembali ke Malaysia dan tidak kurang juga segelintir mengusik mahu melamarnya.

Kahwin dengan saya……

image is not available

image is not available

Namun apabila video tersebut dimuat naik semula ke Twitter, terdapat beberapa komen yang ditinggalkan oleh warga maya mengatakan video itu cuma untuk mendapatkan ‘clout’ atau perhatian.

Tak meyakinkan langsung….

image is not available

Menurut komen, video seperti ini biasanya dimuat naik oleh warga asing yang mahu video mereka tular kerana warga Malaysia mudah terdedah kepada taktik seperti ini.

Taktik jee…

image is not available

Sememangnya, tidak dapat dinafikan hidangan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri. Tapi, adakah video-video yang dimuat naik oleh warga asing hanya untuk meraih tontonan dari netizen

Sumber: TikTok @lilithinkl