
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial harga sebuah kek coklat yang dijual oleh seorang pempengaruh atau influencer.
Menerusi hantaran yang tular, kek yang digelar sebagai Kek Hitam Premium dijual dengan harga RM39.
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengkritik serta mempersoal harga kek terbabit yang disifatkan agak mahal.
Malah, ada yang turut membuat perbandingan harga jualan kek coklat oleh peniaga lain walaupun saiz lebih kurang sama.
gila betul kek chocolate moist awam macam ni harga Rm40. pic.twitter.com/84LtHl8bat
— AL (@ciraplaici) March 14, 2025
Influencer Mohon Maaf, Turunkan Harga Kek Jadi RM29
Gara-gara kritikan yang diterima, influencer berkenaan terus bertindak menurunkan harga kek jualannya.
Perkara itu dikongsikan oleh influencer itu sendiri di TikTok @fendymojo dengan pengurangan harga sebanyak RM10.
Ini menjadikan harga jualan kek tersebut berubah daripada RM39 menjadi RM29 bagi setiap satu.
“Memang betul, aku silap letak harga macam itu. Dari hati yang terdalam, aku minta maaf sangat dekat korang semua, lagi-lagi kepada pengikut yang nak support beli aku punya kek ini yang agak mahal,” katanya.
Kek Datang Dengan Pembungkusan Premium, Pelanggan Boleh Dapat Sampul Raya
Menariknya, walaupun harga kek tersebut telah diturunkan, pelanggan masih berpeluang menerima pembungkusan eksklusif dan premium bagi setiap pembelian.
Malah, sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, pelanggan juga bakal mendapat sampul raya yang berbeza rekaannya.
“Siapa yang beli satu, korang akan dapat tiga design sampul raya. Siapa yang beli dua, korang akan dapat ultimate box, dua sticker hitam premium dan tiga design sampul raya,” katanya.
Kek Hanya Dikeluarkan Sempena Bulan Ramadan
Jelasnya lagi, kek itu hanya dijual sempena bulan Ramadan dan kuantitinya adalah terhad sebanyak 200 sahaja.
Buat mereka yang berminat, pembelian boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform TikTok.
Aku ambil setiap kritikan yang membina. Dan sekarang, setiap pembelian kek hitam premium akan dapat sampul raya. Untuk yang beli 2, dapat ultimate box ni sekali. #hitampremium #fendymojo
Masih Ramai Yang Anggap Harga Baharu Kek Coklat RM29 Mahal
Hantaran yang telah mendapat lebih 994,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti mereka menganggap harga jualan terbaharu kek coklat moist berkenaan masih mahal.
Malah, ada yang membuat perbandingan harga jualan kek lain yang lebih kurang sama dengan kek tersebut yang jauh lebih rendah.
Tidak kurang ada juga yang mencadangkan harga kek tersebut dijual dengan harga berpatutan seperti RM15.
Namun, ada juga yang menganggap ia sebagai satu cara pemasaran influencer berkenaan dengan meletakkan harga sedemikian.
Untuk info, hasil semakan kami mendapati, harga kek coklat moist yang dijual di pasaran hanyalah bermula RM6 ke RM15 bagi saiz yang kecil manakala RM20 hingga RM50 jika bersaiz besar dan penuh dengan hiasan serta menggunakan bahan premium.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Still Mahal Bang, Patut Jual RM19 Je”

“Simple Maths, Keluar Barang Mahal Pun Confirm Ada Yang Beli, Dah Dapat Kecaman, Nanti Turun La Harga, Free Marketing”

“Kek Dari Family Corner Lagi Besar, Baru RM20.90”

“Boikot Je Sebagai Pengajaran, Jangan Mulakan Perangai Jual Makanan Overprice”

“Kenapa Nak Kena Turun Harga Lepas Kecam? Habis Tu Kalau Tak Kecam, Naik Harga & Rasa Itu Sesuai?”

“Aku Rasa RM15 Je Dahla, Sebab Ada Kek Yang 1Kg Kek Macam Tu Baru RM12 Je”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Kuih Apam Kampung Tapi Caj RM2.00 Untuk Kelapa Parut Buat Ramai Terkejut [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Mahal Betul” – Aiskrim Malaysia Dijual Dengan Harga RM6 Sebatang Jadi Bualan Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Mahal, Dahla Berapa Batang Je” – Ramai Terkejut Lihat Peniaga Jual Kentang Goreng RM19 [Video]
Source:



