Influencer viral ditahan polis, pecah masuk rumah bekas suami

6 Aug 2024 • 10:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Influencer viral

Seorang influencer viral direman enam hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah bekas suami dan bekas madunya, di sini.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memberitahu Majistret Amin Rashidi Ramli telah mengeluarkan perintah reman ke atas wanita berusia 20-an itu bermula bermula hari ini sehingga Ahad.

Katanya, polis menerima laporan daripada bekas madu wanita itu pada 9.47 malam kelmarin, yang mendakwa rumahnya dipecah masuk pada 11.30 malam, 22 Julai lalu.

Influencer viral

image is not available

“Berdasarkan laporan itu, wanita berkenaan (bekas madu) menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati ‘sliding door’ (pintu gelongsor) hadapan berada dalam keadaan terbuka.

“Beberapa barangan didakwa hilang dan pengadu juga menjumpai sebuah beg plastik ubat di atas meja dalam biliknya yang tertulis nama seorang perempuan dikenali olehnya serta suami,” katanya.

Susulan maklumat yang diterima, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi oleh pihak berkuasa.

Ujar Mohd Roshdi lagi, suspek turut mengaku telah masuk ke dalam rumah pengadu semasa ketiadaannya dan siasatan awal polis mendapati suspek merupakan bekas isteri kepada pengadu terbabit.

Influencer viral

image is not available

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari bermula hari ini sehingga 11 Ogos depan bagi siasatan lanjut dan mengesan barangan milik pengadu yang hilang.

“Kes masih pada peringkat siasatan. Oleh itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial wanita terbabit mendakwa telah dianiaya oleh bekas suaminya seperti dipaksa mandi dan tidur bersama madu.

Dia bersama seorang lagi wanita bertindak menceritakan perihal rumah tangga mereka sebelum ini ketika membuat siaran langsung kira-kira 50,000 orang yang melihatnya.

image is not available

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved