Influencers Pun Kena Bayar Cukai? Ini Info Pasal Ekonomi Digital

17 Feb 2022 • 12:00 AM MYT
Loanstreet
Loanstreet

Malaysian personal finance-focused website that you’ll need in your life.

Apa tu ekonomi digital?


Menurut laman web LHDN, ekonomi digital ni didefinisikan sebagai:

 ekonomi berdasarkan penggunaan teknologi digital. 


image is not available


Sebarang transaksi perdagangan yang dijalankan menerusi teknologi digital, termasuk aktiviti pemberian maklumat, promosi dan pengiklanan, pemasaran, pembekalan atau penghantaran barangan atau perkhidmatan, walaupun pembayaran dan penghantaran berkaitan transaksi, dijalankan di luar talian.

Secara mudahnya kalau korang nak faham , eknonomi digital ni semua aktiviti yang melibatkan sumber pendapatan yang korang boleh buat duit daripada penggunaan teknologi digital walaupun korang dibayar secara luar talian.

Maksudnya kat sini, kalau korang ni instafamous yang membantu mempromosikan produk di laman sosial korang dan menerima bayaran, korang wajib isytihar pendapatan korang dan bayar cukai tau kalau perlu!

Ni contoh aktiviti perniagaan digital:

 

SEKTOR CATATANAKTIVITI
PeruncitanDropship, ejen, stokis dan lain-lain.Mengambil pesanan, pembungkusan, menerima pembayaran, penghantaran.
Pengangkutan & LogistikServis Penghantaran, Sewa Kereta, Tempahan Tiket dalam talian dan lain.Perkhidmatan, pembayaran, insurans, penghantaran.
Perkhidmatan KewanganBank, Gerbang Bayaran, Matawang Crypto, kad Kredit, Kad Debit, Kad Loyalty, Kad Keahlian dan lain-lain.Pengesahan status kewangan, pengeluaran penyata.
Pembuatan & PertanianCetakan 3D dan lain-lain.Mengambil pesanan, pembungkusan, penerimaan bayaran, penghantaran.
PendidikanBuku elektronik, tutor dalam talian, tutorial dalam talian dan lain-lain.Mengambil pesanan, pembungkusan, penerimaan bayaran, penghantaran.
Penjagaan KesihatanProduk penjagaan kesihatan.Mengambil pesanan, pembungkusan, penerimaan bayaran, penghantaran.
Media & PenyiaranYoutube, fotografi (perkhidmatan sebagai jurugambar dan jualan gambar) dan lain-lain.Rekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
Perkongsian EkonomiPerkongsian kereta, rumah, bilik, motosikal dan lain-lain.Perkhidmatan & bayaran.
LanggananLangganan Komik & surat khabar dalam talian, video streaming, audio streaming dan lain-lain.Perkhidmatan & penerimaan bayaran.
PerkhidmatanPerkhidmatan perisian, pengurusan cara, perancangan perkahwinan dan lain-lain.Perkhidmatan & penerimaan bayaran.
PengiklananBlogger, instafamous, insta review.Rekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
Crowd SourcingContoh: kickstarter.comRekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
Jualan Produk DigitalData, Buku Elektronik, AplikasiRekacipta kandungan, muat naik, penerimaan bayaran.
Mata Wang CryptoDagangan dalam Mata Wang CryptoPedagang, Penjual, Miner.
Image source: LHDN

Peraturan tentang cukai bagi ekonomi digital ini sama je macam pendapatan daripada perniagaan biasa yang tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.
 

Kalau korang/syarikat korang tertakluk kepada kategori di atas, terdapat beberapa perkara yang korang kena patuhi iaitu:

 
  • Berdaftar dengan LHDNM dan mempunyai nombor cukai pendapatan
  • Melaporkan pendapatan/kerugian yang diterima daripada aktiviti perniagaan dan aktiviti ekonomi digital
  • Melengkapkan dan menghantar Borang e-B (borang cukai) secara e-Filing
  • Membuat bayaran cukai (ByrHASiL)


Apa yang menarik, terdapat perbelanjaan yang digunakan untuk perniagaan korang yang boleh dituntut iaitu:

 
DibenarkanTak dibenarkan
Perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan.
Contoh :
  • Upah / Gaji
  • KWSP / PERKESO pekerja
  • Insurans perniagaan (kecurian / kebakaran)
  • Sewa premis perniagaan
  • Faedah atas pinjaman
  • Bayaran tahunan domain
  • Bayaran sewaan server
Perbelanjaan domestik dan persendirian.
Contoh :
  • Bil elektrik, bil air rumah kediaman, yuran pendidikan anak dan susut nilai
Perbelanjaan beli aset peribadi.
Contoh :
  • Kereta
  • Rumah
  • Perabot

Perbelanjaan beli aset peribadi.
  • Pendaftaran SSM
  • Pendaftaran domain name /server
 

Korang tahu tak bahawa korang boleh dapatkan potongan Elaun Modal dan juga insentif kerajaan yang lain?


image is not available
 

1. Elaun modal


Potongan Elaun Modal atas aset perniagaan boleh dituntut dan ditolak selepas pengiraan pendapatan larasan. Tolakan khas bagi kos perbelanjaan pembangunan laman web sebanyak 20% selama 5 tahun. (PU (A) 101 Rules 2003)

Kadar Elaun Modal

image is not available


Syarikat hendaklah memenuhi syarat kelayakan aktiviti MSC seperti berikut:
 

  • Penerusan penyelidikan, pembangunan dan penyediaan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan perkhidmatan / penyelesaian berasaskan Web yang berkaitan dengan carian, direktori dan pengiklanan.
  • Penyediaan sokongan profesional, teknikal, latihan dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan penyelesaian / perkhidmatan berasaskan Web.


2. Taraf Perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.


Syarikat yang mendapat MSC Malaysia Status Company layak untuk memohon Taraf Perintis dibawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
 

3. Elaun Cukai Pelaburan (ECP) di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986


Syarikat yang mendapat MSC Malaysia Status Company layak untuk memohon Elaun Cukai Pelaburan bagi perbelanjaan modal yang dilakukan (CAPEX).

Kalau korang ada menawarkan perkhidmatan digital kepada negara luar dari Malaysia dan keliru adakah korang akan dikenakan cukai, korang boleh KLIK SINI.

Untuk korang yang nak tuntut perbelanjaan atau tak, berikut adalah senarai dokumen dan rekod yang perlu disimpan oleh korang selama 7 tahun sebagai bukti kepada pihak LHDN:
  • Penyata dari payment gateway (Paypall, ipay88, MOL, dll)
  • Perbelanjaan domestik dan persendirian
  • Penyata bank
  • Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan (seperti Nuffnang, Google Adsense, dll)
  • Invois jualan dan rekod belian
  • Pengesahan jualan dan belian melalui e-mel, dll
  • Dokumen perjanjian
  • Resit asal bagi setiap pelepasan / belanja yang dituntut, dll

Tak kisahlah sama ada korang ni bekerja dengan perkhidmatan digital atau tidak, korang tetap kena tunaikan tanggungjawab korang untuk membayar cukai sekiranya perlu. Kalau korang perlu lebih tips mengenai cukai ni, korang boleh baca banyak lagi artikel lain mengenai cukai dekat sini.

Akhir sekali, admin harap korang akan lebih alert dengan tanggungjawab korang sebagai membayar cukai walaupun korang buat perkhidmatan secara digital dan jangan sampai ada lembaga (Lembaga Hasil) datang dan buat suprise untuk korang pulak.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

BACA JUGAK: