Info MPV PHEV BYD Xia Bocor – Model Sarat Ciri Premium Bawah RM200K Di China

LocalCars
18 Oct 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Maklumat mengenai model baharu BYD, MPV Xia hibrid (PHEV), kini mula tersebar selepas dokumen yang difailkan oleh pengeluar itu dengan Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China didedahkan.

Model yang merupakan sebahagian daripada siri Dynasty BYD ini telah dimulakan pra-jualannya sejak September lalu dengan anggaran harga jualan sekitar RMB289,000 (~RM192,000).

Prestasi Hibrid yang Mantap

image is not available

Dari segi trenkuasa, Xia menggunakan teknologi hibrid DM generasi kelima BYD, yang menggabungkan enjin petrol turbo 1.5 liter dengan motor elektrik hibrid. Enjin ini menghasilkan 154 hp (115 kW), manakala motor elektrik menyalurkan tenaga sehingga 268 hp (200 kW).

Aspek elektrik Xia dibantu oleh bateri berkapasiti 20.39 kWj, yang membolehkan jarak perjalanan elektrik tulen sehingga 80 km. Varian dengan bateri 38 kWj turut ditawarkan, yang memberikan jarak perjalanan elektrik lebih jauh, sehingga 145 km serta purata penggunaan bahan api yang efisien pada 6.5 liter/100 km.

Rekaan MPV BYD Xia

image is not available

Dari segi rekaan, MPV ini tampil unik terutamanya dari sudut depan yang kelihatan elegan dengan rekaan yang dinamakan “Dragon Face” yang merupakan sentuhan eksklusif diberikan kepada semua model dalam siri Dynasty.

image is not availableimage is not available

Dari tepi, salah satu ciri menyerlah ialah pemegang pintu yang disatukan pada pintu depan dan belakang. Bumbung pula direka rata yang menyerlahkan aura modennya. Model ini dijangka menggunakan roda standard bersaiz 18 inci.

image is not available

Bergerak ke bahagian belakang, kelebaran dan gaya futuristik jentera gah ini terserlah dengan rekaan lampu belakang yang berkelebaran penuh.

Model berukuran 5,145 mm panjang, 1,970 mm lebar, dan 1,805 mm tinggi dengan jarak roda 3,045 mm ini menjanjikan saiz kabin yang memuaskan setanding dengan MPV mewah seperti Toyota Alphard.

Beberapa ciri menarik dijangka akan ditawarkan seperti bumbung suria kecil, bumbung panoramik, radar sisi depan dan spoiler belakang yang dilengkapi dengan kamera.

Ciri Keselamatan Canggih

Dari segi teknologi, Xia dilengkapi dengan sistem kawalan peredam pintar Yunnian-C dan kokpit pintar DiLink 150, menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan canggih. Model ini turut hadir dengan sistem pemanduan pintar DiPilot BYD, yang meningkatkan keupayaan pemanduan autonomi.

Pilihan Mampu Milik dalam Segmen MPV Mewah

Sekiranya benar ia akan dijual pada harga serendah RMB289,000 (~RM192,000) di China, model ini bakal menjadi pilihan yang paling mampu milik berbanding MPV premium lain seperti Denza D9 dan Zeekr 009. Dengan harga yang kompetitif dan ciri-ciri canggih, Xia dijangka dapat menarik perhatian ramai pembeli.

Potensi Kehadiran di Pasaran Malaysia

image is not availableimage is not available

Di Malaysia, Zeekr 009 dijangka akan dilancarkan pada November ini, manakala Denza D9 pula pada suku pertama (Q1) 2025. Sekiranya BYD membawa masuk Xia ke pasaran tempatan, tidak mustahi untuknya menggugat kedudukan kedua-dua model ini di pasaran.