Infraharta menang tender RM11.42 juta projek klinik kesihatan, pusat pakar pergigian di Putrajaya

LocalBusiness & Finance
12 Feb 2026 • 5:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Infraharta menang tender RM11.42 juta projek klinik kesihatan, pusat pakar pergigian di Putrajaya image is not available amree12/02/2026 - 17:20 Oleh Amree Ahmad amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 FebInfraharta Holdings Berhad memperoleh tender untuk melaksanakan kerja sub-kontrak projek pembinaan klinik kesihatan dan pusat pakar pergigian di Presint 6, Putrajaya.


Menurutnya, surat penganugerahan kontrak bertarikh 4 Februari 2026 itu diterima oleh anak syarikat milik penuhnya, Infraharta Construction Sdn Bhd (ICSB) daripada Synergy Goldtree Sdn Bhd (SGSB)


Tender baharu itu bernilai RM11,422,247.55 dan meliputi pembekalan tenaga kerja, bahan, peralatan serta mesin bagi projek, dengan tempoh pelaksanaan dari 4 Februari 2026 hingga 31 Januari 2028.


"Kumpulan menegaskan bahawa kontrak berkenaan tidak menjejaskan modal saham syarikat atau pegangan pemegang saham utama," kata Infraharta dalam satu maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.


Sebaliknya, syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah itu menjangka, ia akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kepada kumpulan sepanjang tempoh kontrak tersebut.


Tiada risiko luar biasa dikenal pasti selain risiko operasi normal, manakala tiada mana-mana pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan yang mempunyai kepentingan dalam kontrak ini.


Lembaga Pengarah Infraharta menyatakan bahawa kontrak ini adalah selaras dengan kepentingan terbaik kumpulan dan menyokong pertumbuhan serta prestasi operasi anak syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved