Infrasel baiki sebahagian Jalan Telok Gong, capai 17 peratus setakat kelmarin

17 Jan 2024 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 17 JAN: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja membaiki permukaan jalan di sebahagian laluan di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Menurut Kumpulan Semesta Sdn Bhd, peratusan kerja baik pulih yang dilaksanakan unit perniagaan strategiknya itu mencecah 17 peratus setakat 15 Januari lalu.

“Infrasel sedang laksanakan kerja memperbaiki permukaan jalan di sebahagian laluan Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang. Peratusan kerja cecah 17 peratus setakat Isnin,” katanya di Facebook.

image is not available
Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) giat melaksanakan kerja menurap di sebahagian laluan di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang pada 15 Januari 2024. Foto Infasel X

Pada 11 Januari lalu, Infrasel giat melaksanakan kerja memperbaiki permukaan jalan di sebahagian laluan Jalan Ladang Lambourne, Jeram, Kuala Selangor.

Infrasel turut menjalankan kerja baik pulih permukaan jalan di Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya pada 9 Januari.

Selain itu syarikat penyelenggara jalan negeri itu juga menjayakan kerja naik taraf jalan di pusat latihan Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC), Kompleks Sukan SUK Selangor baru-baru ini.

Orang ramai boleh terus membuat aduan dengan memuat naik ciapan di laman X bersama tanda pagar #INFRASEL #NamaJalan #Daerah (jika) berlaku kerosakan jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved