Infrasel giat teruskan projek turapan mega di tiga daerah

16 Aug 2023 • 10:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 16 OGOS: Projek turapan mega yang giat dilaksana di seluruh negeri sejak Mei lalu diteruskan Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) ke beberapa lokasi di tiga daerah.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu memaklumkan kerja baik pulih dilaksanakan di Jalan Cross Ban 1, Sabak Bernam dan Jalan Kubur 1, Kuala Selangor pada 8 Ogos.

Sehari sebelum itu, kerja turapan turut dijalankan di Jalan Kubur Lintang, Kampung Tengah, (Sabak Bernam) manakala B13 Jalan Ayer Hitam dan Jalan Murni (Sepang) pada 3 Ogos.

“Infrasel telah melaksanakan kerja-kerja rutin penurapan dalam tempoh 24 jam hasil aduan orang ramai menggunakan tanda pagar #Infrasel di Twitter.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan bersama tanda pagar #infrasel #namajalan #daerah berlakunya kerosakan jalan raya tersebut. Bandar, desa semua merasa,” katanya di Twitter.

Pada 9 Julai, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan kerja turapan jalan rosak besar-besaran di sembilan daerah meliputi jarak 94.9 kilometer siap 25 peratus.

Projek melibatkan 118 jalan merangkumi jalan pihak berkuasa tempatan, jabatan kerja raya, jabatan pengairan dan saliran serta daerah dijangka siap hujung bulan ini seperti dijadualkan.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek berskala besar dengan dana RM50 juta bagi memastikan jalan raya negeri berada dalam keadaan baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved