Infrasel siap turap jalan rosak 24 jam selepas terima aduan di Twitter

22 Sep 2022 • 2:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh ZULAIKHA ZULKIFLI

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kerja penurapan Jalan Rahidin 1, Kampung Paya Jaras Dalam di sini siap dalam tempoh 24 jam selepas orang ramai membuat aduan di Twitter.

Syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) berkata pihaknya bertindak segera sejurus menerima aduan yang menggunakan tanda pagar #Infrasel, semalam.

Sehubungan itu, agensi itu meminta orang ramai untuk terus membuat aduan kerosakan jalan di tempat mereka dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama tanda pagar #namajalan #daerah.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama hashtag #namajalan #daerah (jika) berlakunya kerosakan jalan raya tersebut,” katanya di Twitter hari ini.

Pada 8 September lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi aplikasi Twitter.

Menurut Amirudin, proses pelaporan kerosakan jalan raya bagi jalan-jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di Twitter sebelum ia ditapis dan disemak secara automatik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved