Infrasel tambah kanvas di kawasan cerun Batang Kali, baik pulih lencongan air

21 Dec 2022 • 2:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 DIS: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) memasang kanvas di kawasan cerun Seksyen 14.000 berhampiran lokasi tragedi tanah runtuh di Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor kelmarin.

Syarikat penyelenggaraan jalan negeri memaklumkan pihaknya turut melaksanakan kerja-kerja penghamparan batu kasaran (crusher run) di bahu jalan di kawasan runtuhan.

“Infrasel juga membaik pulih lencongan aliran air di kawasan tanah runtuh,” katanya menerusi Twitter.

Sebelum ini, Infrasel memasang kanvas di kawasan cerun Seksyen 13.200 bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

Kerja pemasangan itu dilakukan 12 kakitangan bermula jam 10 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jumaat lalu mengorbankan 26 individu termasuk kanak-kanak dan terbaharu seorang lelaki dewasa ditemukan di sektor B pada jam 11.16 pagi tadi.

Selain itu, 61 orang selamat dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan baki tujuh lagi masih hilang.

Berdasarkan data Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), seramai 29 daripada keseluruhan 94 mangsa adalah kanak-kanak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved