Infrastruktur 4G jana pendapatan wanita Pulau Berhala

LocalTechnology
19 Jun 2025 • 9:14 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Golongan wanita di Pulau Berhala kini mampu melangkah lebih jauh dalam bidang keusahawanan menerusi kemudahan liputan 4G stabil.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata infrastruktur berkenaan sekali gus membuka ruang kepada wanita di pulau itu untuk memasarkan hasil jahitan ke seluruh negara.

“Kita dapat lihat sendiri bagaimana mereka diajar menggunakan mesin jahit dan menghasilkan produk sendiri. Ini satu usaha yang sangat bagus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya juga gembira kerana liputan 4G di Pulau Berhala sangat baik. Ini satu peluang besar untuk wanita-wanita di sini menjadi usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus melawat pusat komuniti wanita di Pulau Berhala pada Selasa.

Dalam pada itu, Teo memuji inisiatif kelas jahitan di bawah anjuran Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong yang dilihat merupakan langkah penting dalam memperkasakan ekonomi wanita luar bandar.

“Saya akan bincangkan dengan YB Vivian untuk kita jemput platform e-dagang seperti Shopee, Lazada atau TikTok Shop untuk mengadakan kelas khas kepada wanita-wanita di sini sekiranya ia bersesuaian,” ujarnya.

Sementara itu Vivian menyatakan usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan selama dua tahun untuk memastikan golongan wanita di Pulau Berhala mampu menjana pendapatan sendiri.

“Setiap minggu kami akan hantar guru untuk mengajar mereka kemahiran jahitan dan kini semua peserta sudah memiliki keyakinan dan hasilnya boleh dijual.

“Bagaimana cabaran ketika ini ialah kita perlu ada stok yang mencukupi dan berterusan untuk memenuhi permintaan,” katanya.

View Original Article