“Ingat Artis” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pelancong Ambil Giliran Mahu Bergambar Dengan Graduan [Video]

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 5:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi kebanyakan universiti di Malaysia, majoritinya akan mengadakan Majlis Konvokesyen bermula November hingga Disember ini.

Sudah pastinya detik itu dinantikan oleh semua mahasiswa setelah berhempas pulas menimba ilmu di menara gading.

Bagi kebanyakan pelajar, ada yang tidak melepaskan peluang dengan merakamkan kenangan bersama jubah konvokesyen mereka.

Rata-ratanya akan mengadakan sesi bergambar (photoshoot) bersama rakan seperjuangan sebelum menggayakan jubah tersebut pada hari sebenar.

Aksi dan gaya pelajar ketika sesi photoshoot pre-konvokesyen kadang kala boleh menarik perhatian individu yang melihat.

Pelancong Mahu Bergambar Ketika Sesi Photoshoot

Terbaharu, tular di media sosial video sekumpulan pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang menjalani sesi penggambaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nrl_.izzati, kelihatan dia dan rakannya sedang bergambar sempena hari konvokesyen mereka.

Apa yang menjadi perhatian adalah sedang mereka menjalani penggambaran tersebut, beberapa orang pelancong dilihat teruja dan mengambil giliran untuk merakam gambar bersama mereka.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat beberapa pelancong dari luar negara itu bergambar bersama mereka yang dirakamkan oleh pemandu pelancong serta rakan mereka.

Malah, turut kedengaran mereka mengucapkan tahniah atas kepada Izzati dan rakan-rakannya. Jelas Izzati menerusi ruangan komen, ada di antara pelancong tersebut yang bertanyakan mengenai jubah yang dipakainya itu.

“POV: Tourist (pelancong) ingat kau artis padahal kau tengah photoshoot preconvo,” tulisnya.

Ramai Terhibur Lihat Pelancong Nak Bergambar Dengan Pelajar

Video yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Majoriti daripada mereka terhibur melihat gelagat pelancong yang teruja merakamkan gambar kenangan bersama pelajar itu.

Malah, ada yang berpendapat kecantikan jubah konvokesyen daripada USIM mungkin menjadi sebab pelancong tertarik untuk bergambar dengan mereka.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama bergambar dengan pelancong luar yang melihat cara pakaian mereka pada ketika itu.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Mesti Diorang Terpesona Dengan Jubah USIM Kan?”

image is not available

“Ini Lagi Rare Dari Old Money Tu, Berebut Nak Ambil Gambar”

image is not available

“Pelancong Memang Suka Macam Tu, Nak- Nak Dari China”

image is not available

“Ye Saya Pernah Pre Convo Dekat Pavillion, Banyak Pelancong Ambil Gambar Siap Selfie”

image is not available

“Sebenarnya Rasa Rugi Kalau Dah Travel Tapi Tak Ambil Gambar Dengan Orang Tempatan. Jubah Tu Cantik Sangat”

image is not available

Source: