
Walaupun sudah berpisah, penyanyi, Adira dan bekas suaminya, Datuk Red masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
Tapi muncul pulak spekulasi yang mengatakan mereka sudah rujuk semula selepas Datuk Red dilihat mencium kepala Adira selepas bercerai.
Menerusi laporan Berita Harian, Adira difahamkan enggan mengulas lanjut berhubung isu itu kerana tidak membawa faedah kepadanya.

Saya juga tak mahu memanaskan keadaan kerana ia tak membawa apa-apa faedah kepada saya.
Adira juga berkata enggan mengulas ketika ditanya tentang syarat yang diletakkan supaya insiden sebegitu tidak berlaku lagi.
Katanya dia hanya mahu membantu bekas suaminya dalam menjayakan perniagaannya dan percaya semua orang boleh nampak reaksinya selepas Datuk Red bertindak sedemikian.
BACA: Adira Suhaimi Kata Mahu Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami Sebab Ini Dan Buat Datuk Red Tergamam?
Penyanyi tersebut turut menjelaskan dia sudah malas untuk bercinta memandangkan sudah mempunyai empat orang anak.
Ingat bercinta mudah dan tak buang duit?
Terdahulu, pasangan ini telah sah bercerai talak satu pada April lepas setelah 9 tahun bersama.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Berita Harian



