Ingat dikejar penguatkuasa, lelaki lari pegang plastik hitam -“Barkoba in real life”

15 Mar 2024 • 7:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Mungkin panik apabila kedai makan diserbu penguatkuasa, seorang lelaki lari pegang plastik hitam walaupun dirinya tidak dikejar sesiapa sewaktu keluar dari premis berkenaan.

“Ops Barkoba Kantoi”

Situasi itu telah dirakam dan dikongsikan akaun TikTok Pejabat Agama Daerah Gerik sewaktu membuat pemeriksaan menerusi Ops Barkoba Kantoi bagi menahan mereka yang beragama Islam tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai.

@padgerik33300

Laporan Dari Unit Penguatkuasa (OPS BARKOBA KANTOI) ini bukan berlakon ya semua ini real jadi pakat2 ambil Iktibar Kalau tak pose juga kami Follow Rapat punya JANGAN LUPA FOLLOW, LIKE, KOMEN DAN SHARE #yakyakyeay #puasa17 #padgerik #padgrk #fybシ #barkoba #puasa2024 #unitpenguatkuasajaipk #unitdakwahpadgerik #mamatkhalid #puasaramadhan #jaipk #unitdakwah #fypシ゚viral #jakim #puasaramadhan #puasa17 #kantoisudah

♬ original sound – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK

Lelaki lari pegang plastik hitam, macam dalam drama

Menerusi kapsyen @padgerik333000, situasi yang berlaku adalah realiti dan bukannya lakonan seperti di dalam drama.

Lelaki yang berbaju hitam dan mengenakan topi keledar telah berlari sambil memegang plastik hitam dipercayai makanan untuk mengelakkan diri dari ditahan.

Walau bagaimanapun, tindakannya telah dipersoal penguatkuasa kerana pelik dengan tujuannya melarikan diri kerana dia sama sekali tidak menjadi target penguatkuasa.

image is not available

lelaki lari pegang plastik hitam macam Barkoba dalam filem

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyamakan apa yang terjadi seperti watak dalam filem 18 Puasa di Kampong Pisang iaitu Barkoba lakonan Bell Ngasri.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa lelaki itu lari sedangkan dia bukannya makan disitu dan hanya membungkus makanan sahaja.

Boleh jadi, dia membelinya untuk orang lain ataupun sengaja membeli awal agar tidak berebut di waktu petang.

image is not available

Mungkin tak kejar sebab dia beli bungkus

image is not available

Lari plastik tak lepas ye

image is not available

Barkoba in real life

image is not available

 

Sumber: TikTok @padgerik333000

View Original Article