Ingat Lagi Video Ikonik Telatah Budak ‘Kamek Haus Bah’, Ini Rupa Beliau Sekarang

20 Mar 2023 • 1:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pejam celik, pejam celik tak lama lagi nak masuk bulan puasa

Ingat Lagi Video Ikonik Telatah Budak ‘Kamek Haus Bah’, Ini Rupa Beliau Sekarang. Mendidik anak-anak untuk berpuasa adalah menjadi kewajipan kepada kedua ibu-bapa. Pelbagai cara terbaik dipraktikkan ibu bapa bagi melatih anak berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Apabila anak-anak sudah berpuasa, mulalah muncul pelbagai gelagat mereka sepanjang masa ketika menunggu waktu berbuka. Seperti satu video ini yang sering keluar di laman Facebook tiap kali nak masuk bulan puasa.

image is not available
Ingat Lagi Video Ikonik Telatah Budak ‘Kamek Haus Bah’, Ini Rupa Beliau Sekarang

Video ini bukan sahaja mencuri perhatian warga Sarawak, bahkan warga Semenanjung ikut tercuit lihat gelagatnya

Video yang dimaksudkan merupakan satu video yang sangat popular dan legend di kalangan rakyat Sarawak. Ia memaparkan seorang kanak-kanak yang ingin meminta kebenaran ayahnya untuk minum air semasa bulan puasa.

Kata kanak-kanak dalam video tersebut, dirinya hanya ingin minum air sahaja tetapi masih puasa. Akan tetapi, ayahnya tetap memujuk anaknya untuk tetap bertahan sehingga waktu berbuka nanti.

image is not available

Dah besar dah dia

Tercuit dengan gelagat kanak-kanak tersebut, bukan sahaja netizen Sarawak yang geli hati, bahkan video tersebut turut raih perhatian netizen dari Semenanjung.

Sebuah kongsian di Facebook telah viral apabila seorang wanita memuat naik gambar anaknya yang kini telah besar serta tangkapan skrin dari video legenda yang pernah menjadi viral semasa bulan puasa beberapa tahun yang lalu. Postingan tersebut telah menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen turut merasa kagum setelah melihat perkembangan kanak-kanak tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Bahkan netizen meninggalkan komen gurau mengingatkan dia untuk berpuasa penuh. Ada juga yang meminta lelaki tersebut untuk remake versi dewasa. Fuhh kemain lagi ya netizen ni

Anda boleh lihat video penuh di sini>>> facebook.com

Korang yang dah dewasa tu jangan lupa untuk puasa ya..

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: