“Ingat Mak Cik Mana La Tadi” – Teman Suami Main Futsal, Penampilan Neelofa Jadi Perhatian

22 Sep 2022 • 10:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seperti yang kita tahu, selebriti terkenal Neelofa merupakan salah seorang artis tempatan yang gemar berfesyen. Dari awal pembabitannya dalam bidang seni, artis ini sering tampil glamour dan fashionista.

Perkara tersebut membuatkan netizen terhibur apabila pertama kali melihat selebriti itu tampil ‘simple’ di tempat awam.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Neelofa dilihat memakai tudung sarung labuh, berbaju t-shirt lengan panjang dan seluar hitam menemani suami bermain futsal.

Menurut netizen, dari jauh mereka memang tak cam itu Neelofa sehingga perakam menegurnya. Tak kurang juga yang berseloroh berkata ibu kepada Bilal itu kelihatan seperti cikgu Pendidikan Jasmani (PJ).

@seorangnur “Jangan malukan kami, jangan malukan kami” image is not availableimage is not available Lawak la Lofa ni #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Dalam hantaran lain, kelihatan Neelofa dan rakan-rakan yang lain duduk di tepi gelanggang memberi sokongan buat pasangan masing-masing.

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen terhibur melihat sisi lain Neelofa yang sebelum ini mereka tidak pernah tengok. Iyalah, kalau depan TV mestilah kena glamour je kan?

Kredit: TikTok @seorangnur

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.