“Ingat papa baru berniaga sehari ke? Papa pembayar tegar LHDN” -Aliff Syukri

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 9:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Datuk Seri Ali Syukri, tampil menjelaskan bahawa dirinya bukan pertama kali berniaga susulan tindakan sesetengah netizen ‘menyeru’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap kali beliau menunjukkan wang tunai sewaktu bersiaran langsung di media sosial.

Pelik-pelik je orang yang tag LHDN

Menerusi hantaran di platform Thread Aliff menyatakan dirinya sudah lama berniaga, dan merupakan pembayar cukai tegar.

“Papa peliklah, kenapa korang tag tag LHDN? Korang ingat papa baru berniaga sehari ke? Papa pembayar tegar LHDN,” tulisnya.

image is not available

LHDN gelak je tengok orang yang tag

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan respon daripada Aliff Syukri dan mengakui bahawa tindakan sesetengah netizen seperti tidak mengenali siapa usahawan terbabit.

Ada juga yang membela Aliff dengan menyatakan usahawan terbabit bukan hanya pembayar cukai LHDN tegar, tetapi turut penyumbang zakat perniagaan antara terbesar di Selangor.

image is not available

Orang Melayu kalau tak dengki tak sah

image is not available

Beliau bukan setakat pembayar LHDN, tapi zakat perniagaan juga

image is not available

Mestilah beliau tak culas

image is not available

Sekadar info, Lembaga Zakat Selangor (LZS) pernah memaklumkan bahawa Aliff Syukri merupakan pembayar zakat tertinggi di negeri terbabit dengan jumlah bayaran RM2 juta.

Susulan daripada itu, tidak mustahil bahawa beliau turut patuh dalam pembayaran cukai memandangkan sudah puluhan tahun berniaga.

Sumber: Thread aliffsyukriterlajaklaris

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved