“Ingat Seksi Lagi..” – Beri Sokongan Anak Menari Di Kelab Bogel, Ibu Lisa BLACKPINK Dikritik?

EntertainmentMusic
2 Oct 2023 • 3:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Antara sebab Lisa berjaya adalah sokongan tak terhingga dari keluarganya sedari kecil hingga popular ke peringkat global kini.

Secara rasmi, Lisa berjaya menamatkan lima persembahan di kelab popular Crazy Horse di Paris selama tiga hari lalu. Malah bukan sahaja peminat, ramai artis popular seperti Tyga, Rosalia, ahli BLACKPINK dan ramai lagi.

Bahkan ibu Lisa juga dikatakan menghadiri acara tersebut bagi menyambut persembahan sulung anaknya di kelab bogel tersebut. Menurut review yang ditinggalkan hos popular Thailand, Woody, wanita tua tersebut melahirkan rasa teruja melihat persembahan anaknya,

Saya ingatkan dia akan lebih seksi!

image is not available

Dalam pada itu, Lisa juga dilihat bahagia selepas menamatkan persembahan itu dan menyambut acara tersebut di parti selepas bersama rakan artis lain.

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa ibu Lisa telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas dibanjiri kritikan dek memberikan sokongan buat anak melakukan persembahan provokatif.

Bestnya ada ibu supportive!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article