Ingatkan anak orang saja tantrum, anak gajah pun sama

14 Sep 2026 • 5:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ingatkan anak orang saja tantrum, anak gajah pun sama

PETALING JAYA – Ingatkan hanya kanak-kanak pandai merajuk dan mengamuk apabila kehendaknya tidak dituruti, rupa-rupanya anak gajah mempunyai gelagat hampir sama.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @Naim_syahral22, satu rakaman memaparkan seekor anak gajah berada di tengah jalan sebelum menghempaskan badannya ke atas permukaan jalan.

Haiwan itu dilihat terus berada di situ sambil melakukan aksi seakan-akan merajuk sehingga mengundang perhatian pengguna media sosial.

“Saya ingatkan anak orang sahaja yang tantrum, rupa-rupanya anak gajah pun sama,” katanya berseloroh.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak gajah tersebut yang disifatkan tidak ubah seperti kanak-kanak sedang mengamuk.

“Betulkah video ini? Gayanya mengamuk sama seperti kanak-kanak,” kata @I.am.shoba.

Sementara itu, @Yatiesamad_biz berseloroh bahawa perbuatan mengamuk atau tantrum nampaknya bukan hanya berlaku dalam kalangan manusia.

“Rupa-rupanya tantrum ini bersifat universal. Bezanya, apabila anak gajah menghempaskan badan, satu jalan terpaksa menunggu sehingga dia selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

The post Ingatkan anak orang saja tantrum, anak gajah pun sama appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved