“Ingatkan Kedai Baju” – Almari Baju Bilal Curi Perhatian, Netizen Puji Neelofa ‘Well-Organized’

18 Jan 2023 • 11:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
neelofa

Baru-baru ini, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa telah mempromosikan kebaikan menggunakan botol susu untuk bayi menerusi satu video di Instagram.

Namun siapa sangka pemandangan almari milik anaknya, Muhammad Bilal yang berada di belakang lebih mencuri tumpuan netizen. Eh, kenapa pula?

Kemas dan tersusun rapi

image is not available

Video yang dimuat naik itu memaparkan ruang persekitaran bilik dan rata-rata netizen tertarik dengan baju yang tersusun rapi mengikut warna dan kepanjangan.

Menjengah ke ruang komen, segelintir netizen turut memuji Neelofa sebagai seorang ibu yang prihatin kerana menjaga rapi persekitaran bilik.

image is not available

image is not available

Tapi betul juga kata netizen, memang kemas betul almari baju Bilal.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media