Ingatkan Loya Sebab Angin, Siapa Sangka Penantian 14 Tahun Berakhir Bila Scan Ada ‘Isi’

25 Jun 2022 • 11:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Mendapat cahaya mata merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin. Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi sesetengah orang demi mendapatkan seorang zuriat. Sampai ada yang perlu menunggu selama belasan tahun!

Seperti perkongsian Klinik Putra Bagan di TikTok ini, siapa sangka penantian 14 tahun sepasang suami isteri berakhir apabila isteri didapati sedang hamil.

Pada awalnya, isteri ke klinik untuk mendapatkan ubat angin kerana perutnya tidak sedap asyik loya nak muntah. Isteri tergerak hati nak lakukan ujian imbasan sebab sebelum ini dia pernah ada ketulan cyst.

Bila diperiksa doktor mendapati ada kantung janin berusia 12 minggu. Pasangan suami isteri tersebut terus berlinang air mata bersyukur di atas kurniaan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, ramai yang turut terharu dan tumpang gembira bagi pasangan suami isteri itu. Hanya mereka yang menunggu kehadiran cahaya mata yang faham betapa sebaknya bila dapat berita macam ni kan?

Semoga dipermudahkan urusan pasangan ini. Tahniah!

Kredit: TikTok Klinik Putra Bagan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

View Original Article