Ingatkan Mati Sebab Renjatan Elektrik, Rupanya Penyakit Hati

17 Jan 2023 • 9:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Desas-desus mengenai seorang lelaki yang dilapor mati terbakar kerana renjatan elektrik akhirnya terdedah apabila polis mengesahkan si mati maut akibat penyakit hati.

Sebelum itu tular di media sosial satu rakaman video mengenai operasi mengeluarkan mayat seorang lelaki dari daerah Makassar di Jakarta Timur, pada Khamis.

Lapor Kompas.com, mangsa disyaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan fon kepala dan telefon bimbit yang sedang dicas.

Mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan hangus dan bengkak, telah dipindahkan oleh pegawai bersama ketua masyarakat setempat hingga kesnya mendapat perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, Mochamad Zen mengesahkan mangsa bukanlah maut akibat terkena renjatan elektrik seperti yang dilaporkan media.

Sebaliknya, hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit hati yang dihadapi olehnya.

“Memang mangsa ditemui menggunakan fon kepala, tetapi dia tidak maut akibat terkena renjatan elektrik namun disebabkan penyakit hati,” katanya ketika mengesahkan keadaan tersebut.

Berdasarkan hasil siasatan di tempat kejadian, perubahan warna kulit yang kelihatan hitam dan bengkak badan dipercayai berpunca daripada salur darah pecah dan akibat proses biologi penguraian mayat.

“Jadi, tidak terkena renjatan elektrik. Keterangan saksi, mangsa kali terakhir dilihat pada Selasa dan ditemukan pada Khamis,” ujarnya.

Menurut Zen, mangsa disyaki meninggal dunia lebih enam jam sebelum mayatnya ditemui dan berlaku proses penguraian dalam tempoh kejadian.

Unit Siasatan Jenayah Polis Makasar telah menawarkan keluarga untuk melakukan bedah siasat ke atas mangsa bagi menentukan punca kematian, namun keluarganya menolak.

“Keluarga juga memberitahu mangsa mempunyai sejarah penyakit hati. Keluarga mangsa membuat kenyataan tidak menerima untuk membedah siasat mangsa dan menerima kejadian itu sebagai musibah,” tambahnya.

Sumber: Kompas.com