Ingatkan najis haiwan, mayat berbau busuk ditemui dalam kereta di Car Boot Sale

25 Dec 2023 • 12:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
mayat berbau busuk

Sejak semalam, tular di media sosial penemuan satu mayat berbau busuk dipercayai berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza di Car Boot Sale yang terletak di Kota Damansara.

Video tersebut tular di aplikasi X apabila pengguna dikenali sebagai ciraplaici memuat naik kembali video yang diperoleh dari unggahan akaun TikTok milik frshfdzl3.

Tak disedari orang ramai

Dalam hantaran berkenaan, mayat individu berkenaan difahamkan sudah beberapa hari tidak disedari sehingga orang ramai yang berada di kawasan berkenaan terbau bau yang cukup busuk.

Mayat berbau busuk disangka najis haiwan

Pada awalnya ramai menyangka bahawa bau tersebut adalah bangkai haiwan mati namun ternyata terdapat mayat seseorang di dalam kenderaan terbabit yang dinyatakan sudah agak bengkak.

Menerusi komen daripada orang ramai yang berada di lokasi kejadian, terdapat salinan kad pengenalan dipercayai milik individu terbabit di dalam kereta.

image is not available

Ramai gempar penemuan mayat berbau busuk terutamanya peniaga

image is not available

Katanya ada tinggal nota & fotostat kad pengenalan?

image is not available

Mayat dah berhari-hati tapi orang baru perasan

image is not available

Memetik laporan dari Bernama, pihak Polis Petaling Jaya telah mengesahkan kejadian tersebut.

Satu mayat lelaki telah ditemui tidak benyawa dalam sebuah kereta di kawasan parkir kenderaan, CDS Kota Damansara, Jalan Teknologi 3/9 Kota Damansara, PJ pada 24 Disember 2023.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa memohon sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian (saksi) untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Balai Polis Kota Damansara, ASP Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan.

Sumber: X ciraplaici, TikTok frshfdzl3, Facebook Bernama