Ingatkan Tersumbat, Lelaki Tak Sangka Ular Sawa Tersekat Dalam Saluran Punca Jamban Tak Boleh “Flush”

21 Mar 2023 • 10:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ingatkan Tersumbat, Lelaki Tak Sangka Ular Sawa Tersekat Dalam Saluran Punca Jamban Tak Boleh “Flush”

Tular di media sosial Thailand selepas ular sawa seberat 23 kilogram ditemui tersekat di dalam lubang tandas di sebuah rumah di Samut Prakan, Thailand.

Memetik The Thaiger, kehadiran ular sawa itu disedari pemilik rumah berkenaan selepas dia berasa pelik kerana jamban di rumahnya itu tidak boleh dipam.

Pada awalnya pemilik rumah berkenaan pelik sebelum akhirnya menyedari bahawa seekor ular sawa telah tersangkut dalam saluran paip tandas rumahnya.

Ular sawa dalam jamban

Pasukan penyelamat tempatan segera dipanggil ke rumah tersebut dan mereka cuba untuk mengeluarkan ular itu secara manual dari paip tandas terbabit.

image is not available
Kredit Facebook

Namun cubaan mereka untuk menarik keluar ular itu secara manual gagal kerana ia terlalu besar dan tersangkut dalam saluran paip tersebut.

Mereka akhirnya memutuskan untuk mencabut sambungan paip dan memotong paip itu kepada separuh agar boleh memberikan ruang untuk mengeluarkan reptilia itu.

image is not available
Kredit Facebook

Berkat kepakaran pasukan, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan ular sawa besar itu dan menyelamatkannya tanpa menyebabkannya tercedera.

Pasukan itu kemudiannya membersihkan ular tersebut lalu mengukur beratnya dan mendapati ia seberat 23 kilogram.

Tular di Facebook Thailand

Gambar ular sawa besar di dalam tandas itu telah menjadi tular di Facebook Thailand. Sekeping gambar yang membandingkannya dengan botol soda telah menyerlahkan betapa besarnya saiz ular itu.

image is not available
Kredit Facebook

Penemuan ular sawa di seluruh Thailand adalah perkara biasa bagi penduduk di negara itu.

Terdapat tiga spesies ular sawa boleh ditemui di Thailand. Selain daripada ular sawa retikulasi, ular sawa Burma juga boleh membesar sehingga sepanjang tiga meter.

Ular Sawa Darah Brogerma adalah spesies yang jarang ditemui dan lebih kecil daripada dua spesies yang lain.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seekor ular gergasi dipercayai anakonda. Difahamkan, kejadian itu dipercayai dirakam oleh penduduk tempatan di sebuah daerah di Bonito, Brazil

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna @gabrito4 di platform TikTok.

Dalam klip rakaman berdurasi 20 saat itu memperlihatkan kelibat ular itu sedang bergerak di atas tanah bersebelahan longkang secara perlahan tanpa sebarang gangguan.

Sumber: The Thaiger