Ingatkan ular! Lelaki aneh intai wanita jemur kain, sembunyi di sebalik semak samun

LocalEntertainment
17 Aug 2024 • 4:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di platform TikTok memaparkan seorang lelaki aneh intai wanita jemur kain di belakang rumah sehingga mengundang perhatian warganet.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu wanita itu pulang ke rumahnya di Keningau, Sabah.

Lelaki aneh intai wanita jemur kain

Menerusi video pertama berdurasi tiga puluh saat, lelaki itu dilihat berkelakuan mencurigakan kerana bersembunyi di sebalik samun belakang rumah wanita tersebut.

Kehadiran lelaki itu mula disedari wanita itu apabila melihat daun-daun di sebalik semak samun bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Masa tengah jemur kain di belakang rumah, perasan daun tu bergerak-gerak.
“Saya terus masuk rumah, naik tingkat atas ambil telefon dan buka video baru nampak jelas.
“Rupanya ada orang tengah memerhati saya jemur kain,”katanya.

image is not available

Jelas wanita itu, lelaki berkenaan membuat tempat bersembunyia di belakang rumahnya, namun tetap berasa takut meskipun rumah berpagar.image is not available

Telefon polis, datang terus lari diri

Bimbang akan keselamatan diri, dia kemudiannya terus menelefon polis dan diminta untuk memerhati pergerakan lelaki terbabit.

Dia juga dinasihati agar tidak melakukan sebarang bunyi yang boleh membuatkan lelaki berkenaan melarikan diri.

image is not available

@elegantcosmetics.shania

Replying to @~daisy Masa ni memang tengah takut tapi mau juga rakam

♬ original sound – ElegantCosmetics.shania – ElegantCosmetics.shania

Jelasnya lagi, pihak polis gagal untuk menangkap lelaki berkenaan kerana dipisahkan dengan pagar.

“Tiada laluan. Memang kena lalu dari dalam rumah dan pagar,”katanya.

image is not available

Menakutkan betul sekarang ni. Ada yang kata lelaki itu seperti warga asing. Apa pun, diharapkan lelaki itu dapat ditangkap.