
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan seorang pemuda yang sanggup menjaga bapanya yang terkena serangan strok pada tahun 2016 hingga menyebabkan dirinya lumpuh dah sukar bergerak.
Menguruskan bapa sakit
Dalam video berkenaan, lelaki ini yang dikenal sebagai Abdul Muqmin terlihat memandikan bapanya, Mazni Abdul Hamid yang sukar untuk bergerak itu. Dia juga lah yang memakaikan lampin, pakaian serta mengetip kuku jari bapanya itu.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti semuanya sudah diatur olehnya.
Korbankan pelajaran & kerja
Menurut laporan, Muqmin ini sanggup meninggalkan pengajian dan pekerjaannya demi menjaga ayahnya yang memerlukan penjagaan di rumah sepenuh masa itu. Katanya, dia ingin membalas jaga baik dan pergorbanan ayahnya selama ini.
Tipu la kalau saya tak teringin nak bina kerjaya, tapi saya sanggup tak bekerja untuk menjaga abah. Saya tolak semua tawaran untuk sambung belajar, termasuk dalam bidang perkapalan.
Bukan itu sahaja, difahamkan juga Muqmin ini tinggal hanya bersama bapanya dan kakak sulungnya yang bekerja sebagai kerani selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu akibat kanser payudara.
"Paling Sakit Rindu Pada Orang Yang Dah Tiada" - Luahan Ibu Adik Zayn Rayyan Undang Sebak, Ramai Turut Menangis
The post “Ingin Balas Jasa & Pengorbanan Ayah..” – Pemuda Sanggup Berhenti Belajar Demi Jaga Bapa Yang Lumpuh Sepenuh Masa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


