Inginkan anak antara sebab Yuna, suami nekad kembali menetap di Malaysia

24 Jul 2024 • 4:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Inginkan anak antara sebab Yuna membuat keputusan untuk kembali menetap di Malaysia selepas hampir 15 tahun berkelana di Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan Kosmo! Online, Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri sudah lama diimpikannya dengan suami, Adam Sinclair.

“Memang saya dan Adam sudah lama inginkan cahaya mata. Kami sedang berusaha ke arah itu,”katanya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

image is not available

Inginkan anak antara sebab Yuna mahu pulang ke Malaysia

Yuna berkata, dia dan suami perlu mempunyai kediaman sendiri terlebih dahulu sebelum kembali menetap dan tinggal bersama keluarga.

Ujarnya lagi, mereka juga pernah mencuba untuk mendapatkan zuriat, namun belum dikurniakan rezeki itu.

“Tetapi sebelum itu, kami nak buat ‘sarang’ di sini terlebih dahulu. Bina rumah sendiri dan pastikan keadaan betul-betul stabil.
“Nak buat macam mana? (rezeki zuriat) Jadi kami terus tunggu dengan tenang,”ujar Yuna.

image is not available

Tambah Yuna, Malaysia adalah tempat terbaik untuk dia membina kehidupan berkeluarga yang berkualiti selain selamat.

“Kualiti kehidupan sebagai sebuah keluarga, lebih baik di Malaysia. Di sini rasa lebih selamat, ada sistem sokongan yang kuat daripada keluarga dan teman-teman,”ujarnya lagi.

Pada masa sama, Yuna juga tidak gusar untuk memulakan kehidupan berkeluarga pada usia 40-an.

image is not available

Tiada masalah kerja

Mengulas lanjut perkara itu, meskipun Yuna sudah kembali tinggal di Malaysia, namun kerjaya seninya di AS tidak pernah ditinggalkan dan tetap berjalan seperti biasa.

“Kalau ada apa-apa kerja rakaman di AS, biasanya hanya ambil masa dua minggu. Tapi, itu bukan masalah kerana kami ada teknologi yang boleh dimanfaatkan.
“Saya akui AS memang tempatnya dari segi kerjaya muzik, tetapi kalau bercakap mengenai kualiti kehidupan, di sini lebih baik,”kongsi penyanyi berusia 37 tahun.
image is not available

Tambah Yuna, dia juga yakin karier seninya di Malaysia akan lebih tersusun kerana mempunyai sistem sokongan kuat.

“Selain sokongan keluarga, karier seni saya juga akan dibantu oleh orang sekeliling seperti penata gaya, mekap artis dan media massa.
“Berbanding di AS kerana bila nak pergi buat persembahan, semuanya kena buat sendiri.
“Saya buat keputusan ini juga bukan kerana saya putus asa. Saya masih berinteraksi dengan penggiat seni dan boleh hubungi mereka jika ada kaitan dengan soal kerja,”katanya.

image is not available

Tambahnya, dia juga tidak mempunyai masalah mengenai kerjaya seni kerana telah mencapai apa yang sepatutnya dicapai ketika berada di AS.

Sebelum ini, Yuna pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak lagi mahu memakai pakaian daripada jenama mewah antarabangsa yang dikaitkan dengan rejim zionis kerana solidaritinya terhadap Palestin.

Oleh itu, dia kini memutuskan untuk memperkasakan jenama lokal yag disifatkan setanding dengan jenama antarabangsa.

Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar), BH Online (Farihad Shalla Mahmud)