Ingkar Arahan Istana, Tiada Pemimpin PN Layak Jadi PM – Puad Zarkashi

LocalPolitics
16 Jan 2025 • 2:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM).

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Puad berkata syarat utama menjadi calon perdana menteri adalah mempunyai hubungan yang baik dengan istana.

Tiada pemimpin PN layak jadi PM

image is not available

Foto: Kosmo

Bagaimanapun, beliau berkata kesemua pemimpin PN telah ingkar atas nasihat Yang Dipertua Agong, Sultan Ibrahim untuk tidak mengadakan perhimpuan di Istana Kehakiman pada 6 Januari lalu.

“Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata PN tidak ada masalah mencari calon PM untuk Pilihan Raya Umum 16. Syarat utama ialah calon itu mesti ada hubungan baik dengan istana.

“Kalau begitu, semua pemimpin PN tidak layak. Mereka ingkat nasihat YDP Agong jangan mengadakan perhimpuan di Istana Kehakiman 6 Januari 2025 yang lalu,” katanya.

Tambahnya, begitu juga dengan pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong ke 15 untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Apatah lagi Muhyiddin. Dia menolak nasihat Istana agar sertai kerajaan perpaduan. Bukan itu sahaja, Raja-raja Melayu menolak cadangan dia teruskan darurat dan menggantung parlimen.

“Pokoknya, jangan suka-suka main sentimen istana untuk politik murahan,” ujarnya.

image is not available

Foto: Harian Metro

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal mengeluarkan kenyataan bahawa PN tidak ada masalah untuk mencari pemimpin dari parti gabungan itu untuk dijadikan calon perdana menteri PRU akan datang.

Kata bekas ketua Pemuda Bersatu itu lagi, PN boleh mengetengahkan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan dan ditawarkan kepada pengundi nanti.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, seseorang pemimpin yang ingin dicalonkan sebagai perdana menteri mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana.

Justeru, katanya, antara pemimpin PN yang boleh ditonjolkan ialah Muhyiddin Yassin sendiri disamping turut menamakan ketua pembangkang, Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sumber: Facebook DrPuad Zarkashi