Ingkar rawatan TB lelaki dipenjara 

LocalHealth & Fitness
13 Feb 2026 • 11:43 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret kerana ingkar terhadap perintah rawatan batuk kering (TB).

Majistret Yong Ching Hong menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Almahzar Madin yang mengaku bersalah atas pertuduhan pada Khamis.

Lelaki itu didapati melanggar Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana tidak mematuhi arahan sah yang dikeluarkan oleh pegawai kesihatan yang diberi kuasa supaya menjalani rawatan.

Dia disabitkan di bawah Seksyen 12A akta yang sama kerana gagal meneruskan rawatan TB, satu perbuatan yang secara tidak langsung mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Selain hukuman penjara mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya melengkapkan rawatan TB mengikut tempoh dan jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran Sufri Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved