
Ini 10 Carian Google Paling Tinggi Rakyat Malaysia Buat Pada 2025
Tidak dinafikan teknologi kini berkembang dengan pesat, dengan pelbagai teknologi berjaya dicipta.
Salah satu yang ada pada hari ini tentunya teknologi internet, yang membawa kita masuk ke dunia maya tanpa sempadan seperti melayari laman sesawang.
Disebabkan itu, setiap info semasa, peristiwa, pelbagai jawapan boleh dicari semudah A B C di gajet seperti telefon pintar dengan adanya internet.
Apatah lagi, telefon pintar kini ibarat ‘nyawa’ kepada setiap orang, kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Baru-baru ini, Google Malaysia mengeluarkan senarai 10 carian paling tinggi yang dibuat oleh rakyat di negara menerusi perkhidmatan enjin cariannya pada 2025.
Gemini muncul sebagai topik paling popular dan dicari rakyat Malaysia pada tahun lalu.
Tidak dinafikan, dunia sekarang makin tertumpu kepada kecerdasan buatan (AI), jadi ramai yang mula meneroka, salah satunya gemini, sebagai satu benda baharu.
Ditempat kedua, Rahmah Cash Contribution juga antara topik paling dicari selain MyKasih di tempat ketiga dan DeepSeek di kedudukan ke-5.
Sementara, topik kelima paling dicari rakyat Malaysia adalah EPSA.
Manakala BUDI95, salah satu ini penyasaran minyak oleh kerajaan juga termasuk dalam 10 carian Google paling tinggi rakyat Malaysia buat pada 2025.
Seterusnya adalah Hailui AI berada di tangga ketujuh, diikuti model telefon pintar terkenal, iPhone 17 yang dilancarkan pada tahun lalu.
Selain itu, ‘India vs England’ muncul sebagai topik kesembilan paling dicari dan MySalam yang berada di kedudukan kesepuluh.

Berikut beberapa kategori carian google paling tinggi rakyat tahun 2025;

Sumber: TikTok @GoogleMalaysia
BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Tayar Ambulans KKM Ada Tyron
The post Ini 10 Carian Google Paling Tinggi Rakyat Malaysia Buat Pada 2025 appeared first on Siakap Keli.


