Ini 12 Zodiak Cina Dan Personaliti Disebaliknya

Horoscope
21 Jan 2025 • 2:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ini 12 Zodiak Cina Dan Personaliti Disebaliknya

Kalendar adalah penting bagi kegunaan menghitung hari dan bulan dalam menanda hari-hari kejadian penting. Semua negara di dunia ini merujuk kepada kalendar Gregorian yang diseragamkan, tetapi ada juga yang menggunakan kalendar Islam.

Selain mengira hari dan bulan dengan jenis kalendar ini, Zodiak Cina juga masih mempunyai pengaruh kuat terhadap sistem kalendar.

Zodiak Cina yang bertukar setiap tahun adalah akar daripada kepercayaan kuno astronomi Cina dan diambil daripada kisah-kisah rakyat yang mengisahkan tentang 12 ekor haiwan iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi.

Menurut kepercayaan Cina, setiap haiwan memiliki personaliti tersendiri yang mempengaruhi manusia yang lahir pada tahun tersebut.

Memandangkan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, kali ini SK kongsikan personaliti yang dimiliki oleh setiap zodiak haiwan.

12 Zodiak Cina Dan Personaliti

image is not available
Gambar: China Highlights

1. Tikus

  • Bercita-cita tinggi
  • Menawan
  • Banyak cakap
  • Berilmu
  • Bersendiri
  • Berjimat cermat
  • Berfikiran kritikal

2. Lembu

  • Bijak
  • Lemah lembut
  • Bekerja keras
  • Boleh diharapkan
  • Penyabar
  • Materialistik
  • Keras kepala

3. Harimau

  • Berkeyakinan
  • Berani
  • Magnetik
  • Idealistik
  • Mencari keseronokan
  • Angkuh
  • Pentingkan diri sendiri

4. Arnab

  • Baik
  • Sensitif
  • Artistik
  • Romantik
  • Menghakimi
  • Pemalu
  • Suci

5. Naga

  • Lantang bersuara
  • Bertenaga
  • Pemurah
  • Bijak
  • Mementingkan kesempurnaan
  • Megah diri
  • Penyabar

6. Ular

  • Pintar
  • Ingin tahu
  • Memikat
  • Bijak
  • Cemas
  • Mengira
  • Cemburu

7. Kuda

  • Menggelikan hati
  • Bersemangat
  • Berdikari
  • Pemujuk
  • Tidak bertanggungjawab
  • Murung
  • Suka mengambil kesempatan

8. Kambing Biri-biri

  • Mesra
  • Empati
  • Kreatif
  • Ceria
  • Tidak teratur
  • Impulsif
  • Malas

9. Monyet

  • Menghiburkan
  • Bijak
  • Optimistik
  • Bersosial
  • Berubah-ubah
  • Berahsia
  • Tidak dijangka

10. Ayam

  • Pengembara
  • Murah hati
  • Lucu
  • Setia
  • Bersifat argumentatif
  • Megah diri
  • Suka melibatkan diri

11. Anjing

  • Suka membantu
  • Jujur
  • Boleh dipercayakan
  • Tidak mementingkan diri
  • Pesimis
  • Cemas
  • Pemalu

12. Babi

  • Ambil berat
  • Murah hati
  • Pandai
  • Mesra
  • Penakut
  • Bukan penyabar
  • Materialistik

Berdasarkan beberapa kisah rakyat, urutan haiwan ini ditentukan oleh satu perlumbaan yang diadakan di antara 13 haiwan. Mendengarkan pengunguman tersebut, tikus memberitahu kawan baiknya kucing.

Namun, pada hari pertandingan, kucing tidak hadir disebabkan ia terlajak tidur dan gagal untuk mengambil tempat dalam sistem Zodiak Cina.

Terdapat beberapa versi yang menceritakan tentang kegagalan kucing untuk bertanding, tapi semuanya berkaitan dengan tikus.