Ini 20 Lokasi Pengaktifan “Smartlane” Di PLUS Sempena Aidiladha 2024

15 Jun 2024 • 12:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ini 20 Lokasi Pengaktifan “Smartlane” Di PLUS Sempena Aidiladha 2024

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pengaktifan smartlane di 20 lokasi strategik sempena Hari Raya Aidiladha 2024.

Menurut LLM, Smartlane yang menggunakan lorong kecemasan di tempat-tempat tertentu ini bagaimanapun hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan.

Smart lane akan diaktifkan mengikut jadual dan keadaan trafik dari semasa ke semasa. Bertimbang rasa ketika memandu. Cegah kemalangan,” kata LLM melalui satu hantaran yang dibuat di media sosial.

Lokasi ‘smartlane’ bagi Aidiladha 2024

Dalam pada itu, LLM turut berkongsi senarai lokasi-lokasi dimana pengaktifan smartlane akan dilaksanakan.

Berdasarkan infografik yang dimuat naik, lokasi pengaktifan smartlane tersebut dibahagi kepada tiga kawasan utama melibatkan laluan di PLUS Utara, PLUS Tengah dan PLUS Selatan.

Di bawah adalah senarai penuh smartlane mengikut kawasan:

Smartlane PLUS Utara

  1. KM 108.0 – KM 112.0 arah selatan: Sungai Petani (Selatan) hingga ‘Layby’ Tikam Batu
  2. KM 150.4 – KM 146.4 arah utara: Bukit Tambun (Utara) ke Plaza Tol Juru
  3. KM 155.5 – KM 157.2 arah selatan: Bandar Cassia ke ‘Layby’ Sungai Bakap
  4. KM 303.2 – KM 297.0 arah utara: Gua Tempurung ke Gopeng
  5. KM 367.3 – KM 354.0 arah utara: Slim River ke Sungkai
  6. KM 354.0 – KM 356.0 arah selatan: Sungkai ke Slim River

Smartlane PLUS Tengah

  1. KM 439.5 – KM 435.5 arah utara: R&R Rawang ke Sungai Buaya
  2. KM 437.1 – KM 443.3 arah selatan: Sungai Buaya ke Persimpangan Rawang
  3. KM 11.2 – KM 13.3 arah utara: Petron, NKVE ke Subang
  4. KM 3.3 – KM 9.0 arah utara: Setia Alam ke Shah Alam
  5. KM 280.0 – KM 276.0 arah selatan: Nilai ke R&R Seremban
  6. KM 8.1 – KM 6.1 arah utara: OBR USJ ke Seafield
  7. KM 289.4 – KM292.6 arah utara: Putra Mahkota ke Southville
  8. KM 16.3 – KM 13.2 arah utara: Bandar Saujana Putra ke Putra Heights

Smartlane PLUS Selatan

  1. KM 260.0 – KM 263.1 arah utara: Port Dickson ke Seremban
  2. KM 194.5 – KM 184.0 arah selatan: Ayer Keroh ke ‘Layby’ Bemban
  3. KM 27.0 – KM 19.0 arah selatan: Kulai ke Senai
  4. KM 4.5 – KM 1.9 arah selatan: Dato’ Onn ke Pasir Gudang
  5. KM 0.4 – KM 6.0 arah utara: Pandan ke Kempas

image is not available
20 lokasi pengaktifan ‘smartlane’ sempena Hari Raya Aidiladha 2024. Gambar: Lembaga Lebuhraya Malaysia