Ini 3 Langkah Untuk Elak Dari Ditambah Ke Grup Telegram Tidak Dikenali

Digital
28 Sep 2022 • 6:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
telegram cara elak ditambah ke grup penipu

Selain WhatsApp, aplikasi perbualan seperti Telegram turut digunakan oleh orang ramai untuk berhubung.

Bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah anda juga boleh berhubung dengan seseorang itu tanpa perlu mendedahkan nombor telefon.

Namun bagi mereka yang mempunyai Telegram pasti pernah melalui situasi di mana tiba-tiba sahaja anda berada di dalam sebuah grup yang tidak pernah disertai seperti pelaburan emas, trading dan banyak lagi.i

Meskipun sudah beberapa kali anda meninggalkan grup tersebut tetapi masih ada lagi grup baru yang masuk dan kebiasaannya saluran ini digunakan oleh para scammer untuk menipu.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter iaitu @kikilalana telah berkongsi beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda dari terus ditambah (add) masuk dalam grup tersebut.

Langkah ini boleh diguna pakai untuk semua pengguna iPhone dan juga pengguna Android.

Jom kami kongsikan 3 langkah mudah ini.

#1 Buka Telegram & Tekan Settings

Buka aplikasi Telegram di telefon bimbit anda dan buka ke bahagian settings. Kemudian pilih ‘Privacy & Security’ seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

image is not available
Foto: Twitter Kiki

#2 Klik Butang Group & Channels

Apabila sudah memilih ‘Privacy & Security’ anda akan menjumpai satu lagi senarai baru dan tekan pada butang Group & Channels.

image is not available
Foto: Twitter Kiki

#3 Pillih My Contacts

Sejurus memilih butang Group and Channel anda akan diberi dua pilihan. Tukarkan ia kepada ‘My contacts’.

image is not available
Foto: Twitter Kiki

Jadi lepas ini akaun Telegram anda dah selamat kerana tiada lagi grup yang bukan-bukan di dalamnya. Anda juga boleh menggunakan aplikasi tersebut dengan selamat dan hanyak masuk ke dalam grup yang dimahukan sahaja.

Jangan lupa untuk kongsikan langkah mudah ini bersama rakan dan ahli keluarga yang lain, mungkin mereka juga sedang mengalami masalah yang sama seperti anda. Selamat mencuba!