Ini 5 Lokasi Legit Untuk Anda Nikmati Kunafa Sekitar Kuching

9 Nov 2023 • 2:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pencinta manisan kunafa wajib cuba kelima-lima list ini!

Ini 5 Lokasi Legit Untuk Anda Nikmati Kunafa Sekitar Kuching. Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu Kunafa, ia merupakan sejenis manisan tradisional dari Timur Tengah. Kunafa mengandungi keju seperti mozarela dan cheddar dan ditabur dengan kacang pistachio. Tapi sedap sangat ke kunafa ni? Bak kata orang, belum cuba belum tahu.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: mashed.com

Berikut adalah beberapa ‘port’ yang menjual Kunafa di sekitar Kuching dan Samarahan:

1. Kunafa Mawlana

image is not available
‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan. Kredit Foto: FB Mawlana Nasi Arab

Terletak di Pasar Malam Metrocity, Mawlana Kunafa merupakan antara peniaga yang memulakan penjualan manisan Kunafa di Kuching.

Tidak seperti di kedai-kedai lain, kunafa di sini hanya dihidangkan secara ‘ori’ tanpa sebarang topping lain. Bagi yang mencari kunafa dengan rasa pure di sinilah lokasi yang tepat buat anda!

Menariknya, bukan sahaja bahan-bahanya diterbangkan khas dari Arab, pemiliknya juga dikatakan diimport dari Arab.

Jadi, kalau anda nak try kunafa hasil dari air tangan orang Arab ini, make sure anda datang awal kerana kunafa mereka dikatakan laku keras.

Maklumat Penting

Mawlana, Pasar Malam Metrocity

⏰ Rabu – Sabtu ( 4 hingga 10 malam)

2. Kunafa Depo Semariang

image is not available
Kredit Foto: FB Masduqi Husni Thamrin

Ini pulak lokasi yang paling ‘havoc’ setakat ini. Mana tidaknya, setiap kali mereka beroperasi pasti pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan kunafa mereka.

Menariknya di sini, mereka menghidangkan kunafa dengan pelbagai jenis topping yang menarik. Antaranya, nutella, matcha, red velvet dan banyak lagi.

Selain kunafa, pelanggan dikatakan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan nasi kandar mereka yang turut dikatakan best seller di sini.

Jadi, sekiranya anda malas beratur panjang, anda digalakan datang lebih awal.

Maklumat Penting

Sub Lot 21, Lot 2425 Taman, Sebah Heigts, Jalan Depo, Petra Jaya, 93050 Kuching.

⏰Dibuka setiap hari kecuali ahad ( 4 – 9 malam)

3. Golden Kunafeh by I-Cook Arabs

Sekiranya anda memang peminat manisan dari bumi Timur Tengah ini, apa kata anda ke Golden Kunafeh by I-Cook Arabs yang terletak di Uptown Metrocity ini.

Di sini mereka menawarkan pelbagai jenis manisan dari Turki antaranya kunafa, baklava, esh bul-bul dan banyak lagi!

image is not available

Menariknya, kunafa di sini hanya dijual RM 10 satu slice!

Kunafa di sini berbaloi untuk dicuba kerana topingnya yang meriah dan keju mozzarella yang boleh ditarik.

Maklumat Penting

Uptown Metrocity

⏰ Rabu – Sabtu ( 4 hingga 10 malam)

4. Kunafa by Mawar Cake House

image is not available
Kredit Foto: FB Ira Baharie

Buat anda yang tinggal di sekitar Kota Samarahan, usah risau anda tidak perlu merempuh trafik yang panjang ke Kuching demi menikmati kunafa.

Mawar Cake House dikatakan satu-satunya vendor yang menjual kunafa di Kota Samarahan. Lokasinya pula terletak sederet Warong 2000 di Aiman Mall.

Uniknya di sini, mereka turut menawarkan kunafa berperisa durian. Nampak pelik, tapi belum cuba belum tahu kan?

Maklumat Penting

Sederet Aiman Mall, Kota Samarahan.

⏰ Dibuka setiap hari ( 10 pagi – 10 malam)

Buat anda yang malas beratur panjang, apa kata anda cuba kunafa di Banaroll Kch ini. Boleh dikatakan lokasi ini dikatakan underrated.

Toppingnya pula tidaklah se common dengan kunafa lain kerana topping kunafa di sini terdiri daripada cappucino, chocomaltine, white choc bersama oreo dan banyak lagi!

image is not available

Menu-menu lain juga boleh didapati di sini antaranya banana roll, jagung cheese dan meatball bersama brown sauce yang menjadi signature dish di sini.

Maklumat Penting

6809, Lorong Matang Jaya 1, Petra Jaya, 93050 Kuching.

⏰ Dibuka setiap hari kecuali isnin ( 2 petang hingga 8 malam)

Banyak rupanya kedai yang menjual kunafa di sekitar Kuching dan Samarahan ni. Penggemar cheese wajib cuba semuanya. Confirm tak menyesal!

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/ini-lokasi-abc-cendol-yang-padu-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/4-stall-donut-paling-mantap-di-kuching/